Analisis Taktikal Piala Malaysia 2015: JDT 4-0 ATM

JDT menewaskan pelawat, ATM 4-0 dalam perlawanan kumpulan B Piala Malaysia 2015 pada Sabtu lepas.

Perlawanan berlangsung dengan menarik dengan kedua-dua pasukan bermain bola sepak hantaran pendek.

Bagaimanapun JDT mempamerkan kualiti taktikal yang lebih bagus untuk menang walaupun ATM berjaya menyaingi tuan rumah dalam 10 minit pertama.

Perubahan gaya permainan ATM di bawah kendalian Azhar Abdullah

Di bawah kendalian Azhar Abdullah, corak permainan ATM nyata lebih kemas.

ATM bermula dengan formasi 4-1-4-1. Dengan Abdulafees Abdul Salam berseorangan mengepalai jentera serangan.

Dengan 3 pemain di tengah, ATM kuat memberikan tekanan kepada 2 pemain tengah JDT, Jasazrin Jamaludin dan Safiq Rahim.

ATM jelas menguasai bahagian tengah pada 5 minit pertama. Dengan situasi 3v2 di tengah jelas memberikan kelebihan kepada jentera tengah ATM. JDT kerap hilang bola di tengah.

jdtatm1

Ini sekaligus membuka ruang kepada ATM untuk melancarkan serangan, terutamanya melalui larian direct Venice Elphi di sayap kanan.

Jika dulu pemain tengah ATM akan terus membuat hantaran panjang ke penyerang mereka, kali ini ATM lebih tenang ketika mempunyai bola.

Mereka menggunakan hantaran pendek untuk merancang serangan sebelum menggunakan kelajuan Venice untuk mencipta situasi kelam-kabut dalam kotak penalti JDT.

Bagaimanapun banyak larian Venice berjaya dirantai oleh bek kiri JDT, Fadzly Mazlan.

Jika Venice berjaya membuat hantaran lintang pun, ia mudah dibaca dan dipatahkan oleh pertahanan tengah JDT, Marcos Antonio dan Aidil Zafuan.

Luciano dan Safee turun membantu midfield

Meskipun bermain dalam formasi 4-4-2, JDT tidak naif dari segi pertarungan taktikal.

Untuk menyeimbangi kekurangan pemain di tengah, Luciano Figueroa dan Safee Sali bergilir-gilir turun ke zon tengah untuk mengutip bola.

Ini membantu Jasazrin dan Safiq di tengah. Dengan kehadiran Luciano dan Safee, Jasazrin mempunyai saluran (outlet) untuk menghubungkan hantaran dari jentera pertahanan ke jentera serangan.

Safiq pula boleh fokus kepada aset utama permainannya – membuat larian dari tengah, merancang serangan dan menyerang kotak penalti ATM.

Affize gagal melakukan tugasnya

Jika ada seorang pemain ATM yang perlu ditegur oleh Azhar Abdullah, ia adalah pemain tengah Affize Faizal.

Ketika ATM bermain dalam sistem 4-1-4-1, Affize diletakkan sebagai defensive midfielder.

Betul-betul di hadapan 4 pemain pertahanan dan di belakang 2 pemain tengah ATM, Mario Karlovic dan Shukor Jusoh.

Pada minit 12′, berpunca daripada gerakan S. Kunanlan di kanan, S. Chanturu menerima bola dari Kunanlan dan membawa bola masuk dari kanan ke tengah.

Sasaran hantaran Chanturu di tengah adalah Luciano atau Safee di sedang di kawal ketat oleh 2 pertahanan tengah ATM, Obinna Nwaneri dan Fazly Alias.

Apabila Chanturu membuat larian masuk ke tengah, Affize yang bermain sebagai defensive midfielder sepatutnya merantai larian Chanturu.

Sebaliknya Affize tidur dan membiarkan Chanturu terus bebas masuk ke tengah.

jdtatm3

Luciano dan Chanturu bertukar-tukar hantaran di tengah sebelum Chanturu menyudahkan gerakan dengan rembatan leret yang padu di luar kotak penalti ATM.

JDT mendahului 1-0 di sebalik permulaan baik oleh ATM.

Jika Affize merantai larian Chanturu tadi, sekurang-kurangnya beliau boleh mencabar dan membuatkan rembatan Chanturu tersasar.

Affize tidak cukup industrious untuk menjadi defensive midfielder

Kepincangan Affize bermain sebagai defensive midfielder terdedah lagi tidak lama selepas gol pertama JDT. Kali ini beliau gagal mengikut larian Safiq Rahim.

Safiq yang bebas di tengah berjaya membuat hantaran maut (killer pass) kepada Luciano. Affize sangat bernasib baik kerana rambatan Luciano tersasar.

jdtatm4

Ini membuatkan kami tertanya-tanya jika Affize adalah calon pemain sesuai untuk menjadi defensive midfielder ATM.

Ini kerana beliau tidak cukup rajin (industrious) untuk melindungi Obinna dan Fazly.

Tidak lama selepas peluang itu, JDT menghukum ATM sekali lagi denga gol jaringan Safiq.

Juga seperti peluang-peluang keemasan JDT sebelum ini, ia berpunca daripada kegagalan Affize mengawal Safiq dalam kotak penalti.

JDT mendahului 2-0.

JDT mula memperlahankan tempo permainan

Selepas 2-0, JDT cuba memperlahankan tempo permainan. 2 penyerang JDT sudah mula tidak banyak memberi tekanan kepada jentera pertahanan ATM apabila kehilangan bola.

Mereka lebih fokus mengekalkan shape pasukan supaya kekal kompak dan padat.

Ketika ATM sibuk mencari gol pertama, JDT selesa menyerap serangan ATM sebelum melancarkan serangan balas.

Pelan ini berhasil apabila Mahali Jasuli berjaya menewaskan bek kanan ATM, Riduwan Maon dalam situasi 1v1 di sayap kiri.

Mahali membuat hantaran lintang yang disudahkan oleh Luciano.

Dengan jaringan 3-0 pada separuh masa pertama sahaja, nasib perlawanan sudah berada dalam genggaman tangan Mario Gomez.

ATM tiada pilihan lain selain menyerang JDT pada separuh masa kedua. Ini sememangnya dikehendaki oleh Mario Gomez kerana:

  1. JDT kebal bertahan dan mudah membaca serangan ATM
  2. JDT mempunyai pemain sayap yang segar, laju dan direct di bangku simpanan.
  3. Pemain sayap ini sesuai dimasukkan ketika pemain pertahanan ATM sedang keletihan pada separuh masa kedua nanti.

ATM bertukar kepada 4-4-2

Pada separuh masa kedua, ATM bertukar dari formasi 4-1-4-1 kepada 4-4-2. Abdulafees dan Jerry bergandingan di bahagian serangan.

Manakala Shukor Jusoh dipindahkan ke sayap kiri.

JDT pula mengukuhkan pertahanan mereka dengan memasukkan Hariss Harun yang menggantikan Safee Sali.

JDT kini bermain dalam formasi 4-4-1-1, dengan Safiq bermain di belakang penyerang tunggal, Luciano.

Sepanjang perlawanan, ATM nampak tidak mampu menjaringkan gol meskipun menguasai perlawanan dengan hantaran-hantaran pendek mereka.

Keengganan bek kanan dan kiri mereka menyertai serangan dan membekalkan keluasan (width) ketika serangan adalah puncanya.

JDT hukum ATM atas kesilapan sama

Apabila ATM bertukar kepada sistem 4-4-2, Affize bergandingan dengan Mario Karlovic di tengah.

Dan sekali lagi, Affize mengesahkan yang beliau tidak boleh bermain sebagai defensive midfielder apabila terlibat dalam kesilapan yang menyebabkan gol ke-4 JDT.

Berpunca daripada larian Luciano yang tak dikawal pemain ATM, secara tiba-tiba JDT mempunyai 3 pemain bersedia untuk menyerang.

Dan mereka hanya berhadapan dengan 2 pemain ATM!

Ia adalah gabungan kegagalan pemain ATM untuk mengawal Luciano ketika throw-in, kegopohan Fazly Alias dan kegagalan Affize (sekali lagi) merantai larian Safiq.

jdtatm6

jdtatm7

Dalam situasi 3v2 ini, Nazrin Nawi tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol ke-4 JDT.

Kesimpulan

Walaupun ATM mempamerkan kesungguhan untuk bermain bola sepak hantaran pendek, masih banyak yang mereka perlu lakukan untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Sebagai permulaan, mereka perlu mencari pemain yang lebih sesuai untuk menggantikan Affize Faizal di posisi defensive midfielder.

Baca juga: Apakah Perbezaan Taktikal Terengganu Di Bawah Ahmad Yusof?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN