‘138?’ – Kedudukan Malaysia Dalam Ranking Dunia FIFA Dijangka Terus Melonjak

Malaysia Ranking FIFA

Kedudukan Malaysia dalam ranking dunia FIFA dijangka terus melonjak selepas mencatat keputusan positif dalam dua aksi persahabatan antarabangsa tahap 1 berdepan Turkmenistan dan Hong Kong.

Skuad kendalian Kim Pan Gon yang ‘berkampung’ di Johor Bharu itu cemerlang mengatasi pasukan di tangga ke-135 dunia, Turkmenistan minggu lalu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Akhyar Rasyid.

Seterusnya di venue yang sama pada Selasa, giliran Hong Kong pula menjadi mangsa kerakusan Harimau Malaya yang mencatat kemenangan 2-0 yang disumbangkan oleh jaringan Akhyar Rashid dan Faisal Halim pada separuh masa pertama.

Maka untuk kedua-dua kemenangan tersebut, terdapat beberapa pihak telah membuat kiraan mata dikumpul yang akan meletakkan Malaysia di kedudukan yang lebih baik.

Berdasarkan perkongsian akaun Twitter FootyRankings dalam ciapan terbaharunya kedudukan Malaysia yang melonjak ke tangga 138 setelah mengumpul 10.12 mata hasil daripada dua kemenangan tersebut (Turkmenistan: +5.27, Hong Kong: +4.85).

Namun laman web football-rankings memberikan angka yang lebih realistik iaitu pertambahan 5.40 bagi kedua-dua perlawanan dan Malaysia akan naik ke tangga 142.

Bagaimanapun pengumuman rasmi oleh FIFA hanya akan dikeluarkan pada bulan April ini selepas selesai semua perlawanan dalam kalender antarabangsa.

Kali terakhir Malaysia berada pada kedudukan bawah 140 dunia ialah 2011 ketika mereka memenangi Piala AFF 2010 untuk berada di tangga ke-138 sebelum zaman kejatuhan mula berlaku buat Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN