13 Stadium Yang Berlatarbelakangkan Mercu Tanda Terkenal

Dalam banyak-banyak stadium yang anda pernah lihat atau pergi, stadium mana yang mempunyai latar belakang paling cantik pernah anda lihat?

Bagi kami, 13 stadium yang akan kami perkenalkan dalam senarai ini adalah yang tercantik pernah kami lihat dan pergi. Syarat yang kami tetapkan bagi sesebuah stadium untuk memasuki senarai ini adalah:

1) mesti boleh digunakan untuk perlawanan bola sepak profesional dan 2) berlatarbelakangkan mercu tanda terkenal di kawasan stadium tersebut.

Berikut merupakan tujuh stadium tersebut:

1) Tianhe Stadium, China

Mercu tanda: Menara Canton

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Pada ketinggian 604 meter, Canton Tower merupakan bangunan kedua tertinggi di China (selepas Menara Shanghai) dan keempat tertinggi di dunia. Menara komunikasi ini dapat dilihat dari Tianhe Stadium (halaman Guangzhou Evergrande) jika anda duduk di zon utara.

2) Sincil Bank, England

Mercu tanda: Lincoln Cathedral

(Photo by Richard Sellers/PA Images via Getty Images)

“Gereja besar di Lincoln adalah satu-satunya hasil seni bina paling berharga di Kepulauan British dan nilainya bersamaan dengan mana-mana dua gereja besar di situ,” tulis penulis era Victoria, John Ruskin. Lincoln Cathedral merupakan mercu tanda yang anda dapat lihat dari Sincil Bank, halaman pasukan liga divisyen 3 England, Lincoln City.

3) Estadio Municipal de La Línea de la Concepción, Sepanyol

Mercu tanda: Rock of Gibraltar

(Photo: Alexandre Simoes/Borussia Dortmund/Getty Images)

Turut digelar sebagai salah satu daripada dua ‘Tiang Dewa Hercules’, Rock of Gibraltar merupakan pemandangan indah yang akan menjamu mata pelancong yang suka bercuti di selatan Eropah pada musim panas. Ia turut menjadi latar belakang halaman pasukan divisyen 3 Sepanyol, Real Balompédica Linense.

4) FC Amicii Bruxelles, Belgium

Mercu tanda: The Atomium

The Atomium yang kini berfungsi sebagai muzium di Brussels siap dibina pada 1958 sebagai sebagai ikon 1958 Brussels World Expo. Reka bentuknya dibina mengikut struktur atom. Sfera teratas mercu tanda terkenal Belgium ini berfungsi sebagai restoran yang memberikan pandangan seluruh bandar Brussels. Bangunan ini dapat dilihat dengan jelas dari banyak stadium sekitar Brussels.

The Atomium turut dapat dilihat dari zon timur King Baudouin Stadium yang menjadi halaman pasukan kebangsaan Belgium.

Sebastien Pirlet/Reuters

5) Štadión na Sihoti, Slovakia

Mercu tanda: Trenčín Castle

Foto: Steve Guy

Sejarah Trenčín Castle bermula sejak dari zaman Empayar Rom pada abad ke-11. Pada mulanya berfungsi sebagai pos kawalan jalan perdagangan, istana ini kemudiannya menjadi tempat tinggal keluarga bangsawan sebelum menjadi salah satu kawasan pelancongan popular di Slovakia pada masa kini. Istana bersejarah ini dapat dilihat jelas dari Štadión na Sihot, halaman pasukan AS Trenčín.

6) Partizan Stadium, Serbia

Mercu tanda: Church of Saint Sava

Foto: @SeDanSmith (Twitter)

Church of Saint Sava sekarang merupakan binaan semula daripada sisa-sisa bangunan yang rentung dibakar oleh empayar Uthmaniyyah pada lewat abad ke-15. Berkeluasan kira-kira 33,000 kaki persegi, gereja ini merupakan salah satu gereja Kristian Ortodoks terbesar di Eropah. Gereja ini dapat dilihat jelas dari Partizan Stadium, halaman pasukan gergasi Serbia – Partizan Belgrade.

7) Estadio BBVA, Mexico

Mercu tanda: Cerro de la Silla

Halaman pasukan liga Mexico, CF Monterrey ini sememangnya cantik. Berlatarbelakangkan Cerro de la Silla, stadium ini merupakan stadium terbesar dan termoden di Mexico.

8) Estadi Comunal D’Andorra La Vella, Andorra

Mercu tanda: Banjaran Pyrenean

(Photo by Peter Lous/Soccrates/Getty Images)

Estadi Comunal D’Andorra terletak di pinggiran banjaran Pyrenean, yang terletak di Andorra – antara Sepanyol dan Perancis. Stadium hanya berkapisiti 1,300 dan beberapa kali pernah menjadi halaman pasukan kebangsaan bawah-21 Andorra.

9) Stadion Gospin Dolac, Croatia

Mercu tanda: Tvrđava Klis

 

Dibina di lembah pergunungan sempadan Croatia-Bosnia, Stadion Gospin Dolac merupakan halaman pasukan tempatan, NK Imotski dan berkapisiti 4,000. Dari stadium ini, anda jelas dapat melihat Tvrđava Klis – kubu kerajaan Balkan kuno, Illyria.

10) Hasteinsvollur, Iceland

Mercu tanda: Bukit Heimaey

Terletak di Pulau Heimaey, Iceland, stadium berkapisiti 2,300 ini merupakan halaman bagi pasukan liga Iceland, Íþróttabandalag Vestmannaeyja (IBK). Pemandangan latar belakangnya dihiasi oleh bukit-bukau di kepulauan tersebut.

Di Malaysia pula, kita mempunyai stadium-stadium berikut…

11) Stadium Proton City, Perak

Mercu tanda: Banjaran Titiwangsa

Stadium yang pernah menjadi halaman pasukan Liga Premier, DRB Hicom FC ini dikurniakan Tuhan dengan pemandangan yang indah. Stadium ini berlatarbelakangkan tulang belakang Semenanjung Malaysia; Banjaran Tititwangsa.

12) Kompleks Sukan Ranau, Sabah

Mercu tanda: Banjaran Crocker

Foto: Lembaga Sukan Negeri Sabah

Sekali pandang, gambar ini nampak seperti diambil di Eropah. Tetapi sebenarnya ia terletak di negeri di bawah bayu; Sabah. Kompleks Sukan Ranau yang siap pada tahun 2010 ini menempatkan padang bola sepak yang berlatarbelakangkan Banjaran Crocker.

13) Stadium Langkawi, Kedah

Mercu tanda: Gunung Raya

Foto: @iniialahaku (Twitter)

Pada ketinggian 872 meter, Gunung Raya merupakan puncak tertinggi di Pulau Langkawi. Ia juga menjadi latar belakang bagi halaman bekas pasukan Liga FAM, Kedah United. Kini ia menjadi halaman bagi pasukan Liga M3, Glory United.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai stadium bola sepak melalui pautan di bawah:

6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

VIDEO: Lihat Bagaimana Stadium Zenit St. Petersburg Berubah Menjadi Arena Hoki Ais

7 Buah Stadium Yang Telah ‘Hilang’ Dan Berubah Wajah

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN