Kedah Darul Aman (Kedah), sememangnya sinonim dengan penghasilan para pemain muda yang sangat berkualiti sejak beberapa tahun lalu lagi dan kini ianya masih giat diteruskan.
Pemain-pemain muda yang pada suatu ketika menyerlah bersama Kedah kini sudah pun mendapat tempat tersendiri bersama pasukan masing-masing serta beraksi di peringkat lebih jauh.
KDA FC F BERKELANA DI REAL MADRID FOUNDATION CLINIC 2023
Sesi Flag Off Pasukan KDA FC F (U14) terdiri pemain SSN KEDAH (SMK TATAR) yang akan berkelana di Real Madrid melalui insentif kemenangan TH Global Road To Real Madrid Foundation Clinic 2023 bermula 17 hingga 25 Jun. pic.twitter.com/yBWE0vFNHj
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 9, 2023
Lihat sahaja Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Baddrol Bakhtiar, serta ramai lagi pemain yang suatu ketika dilahirkan oleh program pembangunan bola sepak Kedah sudah cukup dikenali dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Terbaharu, Sang Kenari terus membuktikan mereka tidak pernah putus untuk menghasilkan bakat-bakat muda berkualiti selepas 12 bintang muda negeri tersebut bakal menjalani sesi latihan bersama pasukan terkemuka di Eropah.
Menerusi laporan dikeluarkan para pemain muda Kedah terpilih yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR) bakal berkampung di Sepanyol untuk menjalani sesi latihan asas bersama Real Madrid.
Seperti diketahui, Real Madrid merupakan salah satu pasukan yang kaya dengan kejayaan mereka di Eropah, serta telah melahirkan ramai bintang muda di seluruh dunia.
📷 Soroton foto Majlis Jamuan Teh Meraikan Pemain Remaja Ke Real Madrid Foundation Clinic.
——-
12 PEMAIN KDA FC F DIRAIKAN DALAM MAJLIS BERSAMA TH GLOBAL FOOTBALL CAMP, PENAJA DAN IBU BAPA
Info penuh: https://t.co/2LjB3kZvec pic.twitter.com/fkOUeoYd1E
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 12, 2023
Para pemain muda bertuah ini merupakan mereka yang terpilih daripada program dikelolakan oleh TH Global Football Camp (THGFC) menerusi kerjasama dibuat dengan Real Madrid Foundation Clinic.
Sesi latihan tersebut bakal berlangsung selama tujuh hari bermula dari 18 sehingga 24 Jun bertempat di Ciudad, Madrid, Sepanyol untuk tunas masa hadapan ini mendapat pengalaman berguna.
Para pemain muda yang berusia 14 tahun ini juga merupakan sebahagian daripada skuad Akademi Kedah Darul Aman (KDA F) dan terpilih selepas mereka menjuarai kejohanan bola sepak anjuran THGFC di Pulau Pinang.
Jelas pengasas kepada THGFC iaitu Tunku Datuk Harrunarasheed Putra Tunku Annuar, tujuan program tersebut digiatkan adalah untuk memberi pengalaman berharga kepada bintang muda negeri itu mendapat pendedahan terbaik dalam kalangan jurulatih profesional di Real Madrid.
“Program ini juga mendedahkan kepada pemain berkaitan aspek program teknikal dan taktikal daripada jurulatih di sana dan boleh meluaskan pelajaran dan pengalaman di peringkat antarabangsa.
“Saya berharap selepas menimba pengalaman ini, mereka akan memiliki pengetahuan yang lebih luas serta berpeluang melebarkan kerjaya dalam karier bola sepak di Malaysia atau di mana sahaja,” katanya menerusi Harian Metro.
Untuk rekod, ianya merupakan penganjuran kali kedua dengan membabitkan pembangunan pemain muda, selepas kejayaan pada tahun 2019 ketika mereka membawa sekumpulan bintang masa hadapan negara menyertai sesi latihan bersama Borussia Dortmund.