101 Gol Antarabangsa: Ronaldo Terima Ucapan Tahniah Dari Legenda Pele

Legenda bola sepak dunia, Pele telah memberikan mesej ucapan tahniahnya kepada Cristiano Ronaldo sebagai penghargaan di atas kejayaan penyerang Juventus itu melepasi angka 100 gol di peringkat antarabangsa bersama Portugal.

Kapten skuad A Selecao itu menjaringkan gol ke-100 menerusi sepakan percuma yang cukup padu ketika perlawanan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Sweden di Friends Arena, Stockholm pada Selasa.

Beliau kemudian mencetak satu lagi gol dalam perlawanan tersebut menerusi rembatan dari luar kotak penalti untuk gol ke-101.

Pencapaian tersebut menyaksikan Ronaldo kini semakin hampir dengan rekod penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa milik penyerang Iran, Ali Daei yang mencetak 109 gol dalam 149 penampilan.

Pele yang menjuarai tiga Piala Dunia dan menjarignkan 77 gol untuk Brazil memberikan ucapan tahniahnya kepada Ronaldo dan berharap penyerang Portugal tersebut terus mencapai tahap tertinggi dalam perjalanan kariernya.

Dalam ciapan legenda Brazil berusia 79 tahun itu di akaun Twitter, beliau mengatakan hanya menyangka akan meraikan gol ke-100 Ronaldo, tetapi ianya lebih dari itu.

Sementara itu, bekas penyerang Barcelona dan Leicester City, Gary Lineker turut memuji Ronaldo dan menganggap pencapaian bekas pemain Real Madrid itu sebagai sesuatu yang luar biasa buat pemain bola sepak.

Bekas kelabnya, Manchester United turut tidak ketinggalan untuk memberi penghargaan buat Ronaldo yang pernah menabur bakti selama enam tahun di kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Ronaldo turut pernah mengetuai Portugal menjuarai EURO 2016 dan kemudian menjulang kejuaraan sulung UNL pada musim panas lepas.

Berdasarkan keadaan fizikal dan prestasi semasanya ketika ini, kebanyakan melihat Ronaldo mempunyai peluang cerah untuk memintas rekod milik Ali Daei.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Cristiano Ronaldo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN