10 Trio Terhebat Dunia Bola Sepak Moden, Yang Manakah Pilihan Anda?

Rangkaian trio serangan adalah gandingan pilihan di dalam bola sepak moden, menggantikan gandingan duo di jentera hadapan setiap pasukan.

Formasi 4-3-3 mulai mendapat perhatian ketika revolusi yang dibawa oleh Pep Guardiola pada 2008 bersama Barcelona menjadikan gandingan trio lebih efektif berbanding dengan duo.

Walaupun banyak pasukan berjaya beroperasi dengan pelbagai jenis taktikal dan formasi yang berbeza, gandingan trio serangkai merupakan antara pilihan utama pengurus dan jurulatih di era bola sepak moden ini.

Persoalannya ialah, gandingan trio yang manakah adalah terbaik? Trio manakah yang telah memenangi paling banyak trofi?

Kami bawakan kepada anda 10 gandingan trio terhebat yang pernah kita saksikan di arena bola sepak eropah.

10. Arjen Robben, Didier Drogba dan Damien Duff

Kelab: Chelsea

Tahun bersama: 2004-2006

Trofi dimenangi: 2004/05 Piala Liga, Liga Perdana Inggeris (2), 2005 Community Shield

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Gandingan trio ini sering dilupakan oleh kekuatan Chelsea di bahagian pertahanan yang diterapkan oleh Jose Mourinho dan keupayaan dinamik Frank Lampard untuk menjaringkan gol.

Namun kehadiran trio di barisan hadapan serangan Chelsea adalah sangat penting untuk memahat nama Chelsea sebagai sebuah kuasa bola sepak melangkaui England sehingga ke Eropah pada masa itu.

Robben dan Duff merupakan 2 pemain yang bermain secara terus (direct gameplay), digandingkan dengan Didier Drogba yang dikenali memiliki kekuatan fizikal dan kemahiran teknikal yang tinggi.

Ini menjadikan gandingan trio ini sukar dikekang walaupun oleh pemain pertahanan pasukan besar lain di Eropah.

9. Leo Messi, Samuel Eto’o dan Ronaldinho

Kelab: Barcelona

Tempoh bersama: 2004-2007

Trofi dimenangi: La Liga (2), 2005/06 UEFA Champions League, Supercopa de España (2)

(Photo credit should read CESAR RANGEL/AFP/Getty Images)

Barcelona kembali dari kehilangan dengan kehadiran trio penyerang antara yang terbaik pernah dimiliki oleh kelab Catalan ini.

Ronaldinho adalah pemain yang penuh dengan magis. Seorang genius ketika bola di kaki, dan hampir tidak boleh dihalang.

Samuel Eto’o memiliki penyudah yang tajam, disulam dengan kepantasan, teknik yang tajam dan seorang pemain yang sentiasa bernafsu dalam perlawanan besar. Manakala Lionel Messi adalah satu bakat luar biasa, masih muda dan punyai tenaga.

8. Kaka, Andriy Shevchenko dan Hernan Crespo

Kelab: AC Milan

Tempoh bersama: 2004-2005

Trofi dimenangi: Tiada

(Photo credit should read PACO SERINELLI/AFP/Getty Images)

Gandingan 3 pemain ini tidak beraksi menggunakan sistem 4-3-3, tetapi beroperasi menggunakan sistem yang sinonim di Itali iaitu 4-3-1-2.

Mereka beraksi bersama hanya untuk tempoh satu musim dan tidak memenangi sebarang trofi.

Bagaimanapun, bola sepak yang diperagakan gandingan ini menarik perhatian ramai. Kehadiran gandingan trio ini mentebabkan Milan sukar dihalang pada musim tersebut.

Satu persatu pasukan lawan diratah, terutamanya di pentas eropah.

Bagaimanapun, mereka tewas di dalam perlawanan akhir UEFA Champions League walaupun sudah berada di hadapan dengan jaringan 3-0. Kegagalan tersebut telah menjatuhkan mereka.

7. Arjen Robben, Mario Mandzukic dan Franck Ribery

Kelab: Bayern Munich

Tempoh bersama: 2012-2014

Trofi dimenangi: 2012 DFL Supercup, Bundesliga (2), DFB-Pokal (2), 2012/13 UEFA Champions League

(Photo by AOP.Press/Corbis via Getty Images)

Bayern Munich membawa masuk Mario Mandzukic dari Wolfsburg pada musim panas 2012 untuk digandingkan dengan dua pemain sayap yang mendapat jolokan ‘Robbery’.

Langkah Bayern ternyata menjadi dan gandingan trio ini menjadi senjata hadapan yang tajam buat kelab Bavarian tersebut, menawan pertahanan lawan dengan skill untuk meraih treble.

Kehadiran gandingan trio ini kurang memberi impak ketika musim kedua Pep Guardiola di Jerman, namun mereka masih mampu mempertahankan dua piala domestik.

6. Shinji Kagawa, Mario Gotze dan Robert Lewandowski

Kelab: Borussia Dortmund

Tahun bersama: 2010-2012

Trofi dimenangi: Bundesliga (2), 2011/12 DFB-Pokal

(Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Gandingan trio penyerang yang turut terdiri dengan Marco Reus adalah lebih sinonim dengan kehebatan Dortmund. Tetapi bagi kami, trio Kagawa-Gotze-Lewandowski sebelum itu adalah gandingan yang lebih menyeluruh dan lebih tmengujakan untuk disaksikan.

Kelincahan Kagawa dan Gotze beroperasi di belakang Lewandowski menggegarkan bola sepak Jerman. Dortmund bukan sekadar memenangi Bundesliga, tetapi turut mempertahankannya dari Bayern Munich pada musim 2011/2012.

Aksi paling diingati membabitkan gandingan trio ini ialah ketika membantu Dortmund membelasah Bayern Munich 5-2 dalam aksi perlawanan akhir DFB-Pokal pada 2012.

5. Leo Messi, Samuel Eto’o dan Thierry Henry

Kelab: Barcelona

Tahun bersama: 2007-2009

Trofi dimenangi: 2008/09 Copa del Rey, 2008/o9 La Liga, 2008/09 UEFA Champions League

(Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Corak permainan Barcelona akan sentiasa berkait dengan sistem 4-3-3, dengan 3 rangkaian di hadapan sering mendapat perhatian.

Siapa yang berani meragukan impak yang dibawa oleh gandingan trio Messi-Eto’o-Henry untuk mencapai kejayaan treble pada musim 2008/09? Segalanya tampak sangat sempurna pada musim tersebut. Barcelona memiliki barisan pemain yang terhebat di dunia dan juga telah mengubah cara permainan bola sepak pada masa itu.

Perpindahan Eto’o dan kemerosotan prestasi Henry selepas itu bermakna gandingan ini benar-benar menyinar untuk tempoh semusim tersebut.

Siapakah yang boleh melupakan antara musim terbaik yang pernah dimiliki oleh kelab Catalan tersebut?

4. Gareth Bale, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo

Kelab: Real Madrid

Tempoh bersama: 2013-present

Trofi dimenangi: 2013/14 Copa del Rey, UEFA Champions League (3), UEFA Super Cup (2), FIFA Club World Cup (2), 2016/17 La Liga

(Photo by Elisa Estrada/Real Madrid via Getty Images)

Tidak ada trio di eropah yang telah memenangi jumlah UEFA Champions League seperti gandingan Bale-Benzema-Ronaldo.

Ketiga-tiganya dibawa masuk untuk menyertai Real Madrid dalam projek pembentukkan Galaticos baharu, dan untuk menyayingi kehebatan trio di Barcelona. Jelas Real Madrid telah mendapatkan pemain-pemain yang betul.

Musim pertama bersama, trio ini memenangi 2 piala bersama Real Madrid dan Bale menjaringkan gol dalam kedua-dua aksi perlawanan akhir.

Pada 2016, Bale sekali lagi membawa Real Maadrid bergelar juara UEFA Champions League, memenanginya melalui penentuan sepakan penalti.

Ingatan anda pasti masih segar akan aksi perlawanan akhir UEFA Champions League 2016/17 dan kali ini ia adalah giliran Cristiano Ronaldo untuk mencuri tumpuan.

Mungkin kekerapan kecederaan yang menimpa Bale sedikit merencatkan gandingan ini.

3. Wayne Rooney, Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo

Kelab: Manchester United

Tempoh bersama: 2007-2009

Trofi dimenangi: Community Shield (2), Premier League (2), 2007/08 UEFA Champions League, 2008 FIFA Club World Cup, 2008/09 League Cup

(Photo by John Walton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Gandingan trio Manchester United ini adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan ketika era Sir Alex Ferguson di Old Trafford.

Mereka punyai hampir segalanya. Pertahanan yang kental, barisan tengah yang jitu, dan kepantasan yang hadir daripada gandingan trio serangan Ronaldo-Rooney dan Tevez.

Tevez, Ronaldo dan Rooney. Tidak ada seorang pun merupakan seorang penyerang tulen mahupun merupakan seorang pemain sayap tulen.

Tetapi gandingan 3 pemain ini sangat harmoni dan hampir mustahil dihalang oleh lawan kecuali Barcelona yang menyekat kejuaraaan kedua UEFA Champions League secara berturut-turut buat kelab Manchester itu pada 2009.

Tevez dan Ronaldo membawa haluan masing-masing selepas itu.

2. Leo Messi, Pedro dan David Villa

Kelab: Barcelona

Tempoh bersama: 2010-2013

Trofi dimenangi: Supercopa de España (2), La Liga (2), 2010/11 UEFA Champions League

(Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Ini adalah barisan penyerang yang dianggap sebagai fenomena bagi sebuah pasukan terhebat di dunia. Sekali lagi Pep Guardiola menjadikan Lionel Messi sebagai tunjang kehebatan kelab Catalan berkenaan.

Messi beraksi sebagai false nine dan kerap turun ke bawah bersama pemain di bahagian tengah. Ini membenarkan David Villa membinasakan lawan dari arah sayap kiri dengan penyudahnya yang tajam.

Pedro juga tidak terkecuali. Penyudah dan ketenangan Pedro melengkapkan trio Barcelona ini.

Satu perkara yang merencatkan kegebatan gandingan trio ini adalah kecederaan patah kaki yang dialami oleh Villa pada 2011.

Tanpa Villa, Barca menyerah kalah dalam saingan La Liga dan juga UEFA Champions League. Kerakusan Barcelona kembali kepada normal sekembalinya Villa dari kecederaan dan Barcelona memenangi La Liga dengan 100 mata pada musim berikutnya!

1. Leo Messi, Luis Suárez dan Neymar

Kelab: Barcelona

Tempoh bersama: 2014-2017

Trofi dimenangi: La Liga (2), Copa del Rey (3), 2014/15 UEFA Champions League, 2015 UEFA Super Cup, 2015 FIFA Club World Cup, 2016 Supercopa de España

(Photo by Albert Llop/Anadolu Agency/Getty Images)

Persamaan untuk gandingan ini ialah emas. Sempurna. Gandingan bakat 3 pemain luar biasa yang tidak akan kita saksikan lagi. Berpeluang menyaksikan 3 pemain sehebat ini bermain di dalam satu pasukan, ia bagaikan pertunjukkan magis.

3 Copa del Rey, dan dua kejuaraan dometik direkodkan secara berturut-turut. Apa yang dicapai oleh ketiga-tiga gandingan ini, tidak pernah tercapai oleh mana-mana pemain di Sepanyol sejak 1950 an.

Jika mereka terus digandingkan, siapa tahu apa yang mampu mereka capai pada musim hadapan. Mungkinkah penulis dan sahabat pembaca harus menerima kenyataan walaupun pahit.

Bahawasanya tidak ada perkara indah yang akan sentisa kekal di dunia ini.

Rumusan
Apa pendapat pembaca kami? Mana satukah trio pilihan anda? Atau anda punyai gandingan pilihan lain di minda?

Kongsikan dengan kami di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya dari anda!

Sumber:

1. Muhammad Butt, Squawka (2017): The best front-three attacks of the 21st century ranked; http://www.squawka.com/news/the-best-front-three-attacks-of-the-21st-century-ranked/976522#AgtsL5wYK0p2MCYi.97

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN