Football Manager (FM). Satu permain yang sebenarnya sukar untuk difahami jika anda tak main benda itu.
Mana tidaknya, anda lihat rakan anda main permainan taktikal bola sepak yang penuh dengan data dan pada pandangan kasar anda yang rakan anda tak kawal pasukannya ketika perlawanan berlangsung.
Walaupun begitu, FM tetap ada perkara-perkara yang boleh buatkan anda obses dengan permainan itu.
Di laman Balls, terdapat 10 perkara mengenai FM yang tak akan difahami oleh mereka yang tak main FM dan kami kongsikan di sini!
1. Perasaan bangga
Perasaan bangga ini muncul apabila anda berjaya membentuk pemain muda di dalam FM sehingga menjadi bintang utama dunia.
Namun ia bukan sampai disitu sahaja, bangga anda akan bersambung jika pemain muda itu turut menjadi bintang dunia dalam kehidupan sebenar.
Masa tu, pasti anda akan ‘claim’ dengan kawan-kawan anda yang andalah punca pemain itu berjaya.
2. Masa berlalu dengan pantas
Tengah malam anda pasti akan berlalu dengan cepat apabila anda bermain FM.
Bayangkan, 3 hingga 4 jam ditengah malam boleh terasa seperti 5 ke 6 minit sahaja kerana leka bermain FM?
3. Gilakan pemain tak dikenali
Jika anda jenis underground apabila bermain FM iaitu bermain menggunakan kelab kecil dan tidak ternama, pasti anda akan berjumpa dengan pelbagai pemain-pemain yang kurang terkenal.
Namun begitu pasti akan ada pemain-pemain tersebut bertakhta di hati kerana beliau sering memberikan hasil yang anda idamkan.
Contohnya, seorang pemain FM dari Livorno di Itali telah terbang ke Derry di Northern Ireland untuk bertemu dengan pemain kesayangan beliau yang dijumpai di FM iaitu Paddy McEleny.
Beliau berjumpa dengan pemain itu dan meminta autograf yang diabadikan di kertas yang terdapat stats FM pemain tersebut di kertas.
https://twitter.com/vivaottowitte/status/633952628393811968
Bagi penulis pula, penulis minat Shane Firtzpatrick yang merupakan seorang pemain re-gen yang beraksi sebagai 9 jadian (false nine).
4. Susahnya nak dapat visa
Kesukaran ini berlaku apabila anda hendak membawa masuk pemain muda dari Brazil yang berbakat ke pasukan anda yang berpengkalan di United Kingdom.
Kerana tiada pilihan lain, anda terpaksa meminjamkan beliau ke negara seperti Belgium untuk beliau dapatkan permit berkerja.
5. Jaga tradisi nombor
Salah satu perkara suka dilakukan apabila bermain FM adalah menguruskan nombor jersi untuk para pemain.
Ketika itu, pastinya anda akan teliti ketika proses memberikan nombor dan bukannya main bagi saja bukan?
Dan pastinya situasi seperti kes Morgan Schneiderlin memakai jersi bernombor 2 di Everton pasti tak akan jadi di dalam FM. Mana mungkin pemain tengah pakai jersi nombor 2?
👕 | His shirt's up in the dressing room, but will it be a debut for @SchneiderlinMo4 this afternoon? Team news at 12.30pm. #AllForOne pic.twitter.com/rTytT6YuPA
— Everton (@Everton) January 15, 2017
6. Fasih beberapa bahasa
Jika anda bermain FM, pasti anda akan fasih dalam beberapa bahasa walaupun hanya melibatkan perkataan loading.
Loading, Bezeten Laden, Cargando, Caricamento, Chargement en Cours dan banyak lagi.
7. Jualan penghabisan stok
Pastinya apabila anda menguruskan Real Madrid dan anda perlu menjual pemain secara beramai-ramai, pasti banyak kelab datang mahu membeli pemain anda.
Tapi apabila terlalu banyak kelab yang datang untuk membeli pasti agak tidak normal keadaannya bukan?
“Lucas Vázquez is also in discussions with Fiorentina, and 37 other clubs,” tak ke banyak tu?
8. Pengangkutan awam
Pengankutan awam nyata merupakan tempat terbaik untuk anda merencana strategi dan taktikal pasukan.
Waktu itu, anda akan duduk senyap-senyap di dalam bas atau kereta api sambil mengatur strategi untuk pasukan anda.
Lain pula bagi Antoine Griezmann, beliau menukar taktikal pasukannya ketika di dalam kapal terbang.
9. Kepuasan tak terhingga
Bagi pemain underground, ia merupakan kepuasan yang tak terhingga apabila berjaya membawa pasukan kerdil dari divisyen bawahan ke divisyen utama.
Mana tidaknya, dari bermain dengan pemain separuh masa ke pemain profesional dan dari menjuarai liga bawahan hingga berjaya menjuarai liga utama – ia satu kepuasan yang cukup hebat!
Pasukan-pasukan seperti Portsmouth, Parma dan Wimbledon antara pasukan-pasukan yang sering menjadi pilihan pemain-pemain FM untuk dibawa dari divisyen bawahan ke divisyen atas.
10. Si Pengecut
Akan ada yang main FM secara senyap-senyap dengan cara begini. Cara macam mana?
Caranya adalah apabila dah kalah, mereka load balik!
Adakah anda pemain FM yang seperti itu?
Baca juga: Penyerang Dalam Permainan Football Manager: Apa Perbezaannya?