Sewaktu Juan Mata meninggalkan Chelsea untuk menyertai Manchester United musim lalu, tiada siapa yang menyelar tindakan beliau berbuat demikian.
Mungkinkah kerana playmaker dari Sepanyol itu tidak dilihat sebagai watak penting di Stamford Bridge, sehinggakan peminat The Blues mengucapkan selamat berjaya kepada beliau di Old Trafford – walaupun secara dasarnya Chelsea dan Manchester United merupakan seteru utama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dua tahun lalu, sewaktu Robin Van Persie menyertai The Red Devils, hampir keseluruhan peminat Arsenal melaungkan yang beliau seorang pengkhianat. Mereka mengeji dan menjerit boo kepada Van Persie setiap kali dia mendapat bola semasa bermain untuk Manchester United di Ashburton Grove (stadium Emirates).
Juan Mata bernasib baik. Tiada siapa yang melayani beliau sedemikian. Walaupun kini Mata sudah menyertai United, beliau tidaklah begitu dibenci peminat Chelsea dan tidak dilabel sebagai pengkhianat.
Sekarang, kami hidangkan kepada anda, 10 pengkhianat terbesar di pentas EPL. Adakah pemain yang mengkhianati kelab anda tersenarai dalam senarai kami? Mari kita saksikan.
10. Frank Lampard
Frank Lampard menerima sambutan yang bercampur ketika dia pulang ke Stamford Bridge sejak berhijrah ke Manchester City. Namun, yang paling menarik apabila salah seorang penyokong The Blues menayangkan banner yang melabel lagenda Chelsea itu sebagai pengkhianat.
Pemain berusia 36 tahun itu menyertai Manchester City sebagai pemain pinjaman setelah kontrak lamanya di Chelsea tamat dipenghujung musim lalu. Dia dikatakan telah berpindah ke liga MLS untuk menyertai kelab New York City FC.
Walau bagaimanapun, tembelangnya pecah apabila pihak New York City FC menyatakan bahawa Lampard tidak pernah menandatangani kontrak dengan kelab berpangkalan di Amerika itu. Dakwaan itu dikukuhkan lagi apabila Manchester City pula mengesahkan bahawa Lampard akan kekal di Manchester City sehingga akhir musim. Penipu?
9. Wayne Rooney
Apa? Mengapa lagenda Manchester United ini masuk ke dalam senarai kami? Sabar. Kami akan ceritakan kenapa Rooney layak berada di senarai kami walaupun dia mencintai dan sangat setia kepada Manchester United.
Rooney menyertai United pada usia yang amat muda (18), tetapi dia telah berlatih dengan Everton sejak berusia 11 tahun. Pemain berbakat dari kelab kecil sering dibeli oleh kelab yang lebih besar, tetapi apa yang membuatkan Rooney dicerca oleh warga Goodison Park adalah kerana dia tidak mengotakan janji setianya.
Dia membesar sebagai peminat Everton, melalui sistem latihan mereka dan pernah menayangkan tulisan “Once a blue, always a blue” (Sekali biru, selamanya biru) di bawah jersinya selepas menjaringkan gol untuk Everton.
Namun, beberapa minggu berikutnya, dia telah berpindah ke Old Trafford. Lebih teruk lagi, Rooney turut bertindak mencium crest Manchester United di hadapan penyokong Everton. Peminat Everton yang baran dengan tindakan Rooney itu pula menunjukkan slogan diatas. Ouch!
8. Robin van Persie
Robin van Persie adalah salah seorang pemain bintang Arsenal yang pernah menjadi kapten pasukan, berpindah ke kelab lain dan menikam mereka semula dari belakang.
Selepas menghabiskan 8 musim di bawah kendalian Arsene Wenger, van Persie akhirnya menyertai kelab musuh tradisi Arsenal, Manchester United pada musim panas tahun 2012. Untuk menambahkan garam di luka, penyerang Belanda itu berpindah ke Old Trafford dengan penuh kerelaan hati.
Apabila disoal mengapa dia menyertai United, van Persie berkata bahawa dia terdengar suara seorang budak lelaki kecil dalam dirinya yang menjerit nama Manchester United. Dia turut mengakui bahawa antara sebab lain dia berhijrah adalah kerana dia mahu memenangi trofi kejuaraan.
Dia kemudiannya menjadi watak penting dalam kejayaan Manchester United memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke-20, simbolik kepada nombor jersi The Red Devils yang disarung olehnya. Dia pernah dipetik berkata, “Saya datang ke Old Trafford untuk menghadiahkan kejuaraan liga ke-20 buat United dan Sir Alex Ferguson”.
7. Ashley Cole
Bukan secara sengaja, namun memang ramai pemain bintang Arsenal yang berpindah ke kelab seteru utama mereka. Walaupun bukan berseorangan, keadaan Ashley Cole berpindah keluar dari Arsenal benar-benar dikeji oleh peminat The Gunners.
Pada tahun 2005, Ashley Cole telah didenda akibat berjumpa secara rahsia dengan pengurus Chelsea, Jose Mourinho. Peristiwa ini dikenali sebagai tapping-up (memancing), kerana perbincangan dengan kelab lain tanpa pengetahuan kelab induk adalah dilarang dalam semua liga besar Eropah. Cole kekal di Arsenal sehingga akhir musim, tetapi menyertai Chelsea pada tahun 2006.
Cole turut mempersoalkan mengapa dia tidak mendapat layanan sebaik penyerang lagenda Arsenal, Thienry Henry sewaktu proses perbincangan kontrak baru. Akibat meninggalkan Highbury kerana mengejar bayaran lumayan, peminat Arsenal menggelarkannya sebagai Cashley Cole. Lebih teruk, mereka turut mencetak wang palsu dengan wajah Ashley Cole dan menabur wang tersebut semasa perlawanan Arsenal menentang Chelsea.
6. Carlos Tevez
Penyerang Argentina ni memenangi trofi bersama Manchester United, sebelum kelab berdana besar datang mengetuk pintu hatinya.
Seteru setempat United, Manchester City hadir dan membayar £25 juta seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan The Red Devils. Sepantas lariannya, penggempur berbisa itu dengan pantas mengubah warna hatinya dari merah ke warna biru langit.
Namun, tindakan itu sahaja tidak cukup untuk kami melabelkan dia sebagai pengkhianat besar. Penglibatannya di Corinthians juga dipalit pengkhianatan, apabila di tidak mahu bermain dengan sengaja kerana mahu dirinya dijual ke Eropah. Ini menyebabkan kelab Brazil itu terpaksa menjualnya ke West Ham, sebelum dia berhijrah ke United dan City.
Baca bahagian ke dua di sini ==> Pengkhianat Utama EPL (Bahagian Dua)