10 Pencapaian Paling Mengecewakan Di Premier League Musim Ini

Rata-rata pasukan telah melalui 25 perlawanan di saingan Premier League setakat ini. Manchester City gah dengan kelebihan 10 mata di kedudukan teratas.

Di sebalik kerancankan ini bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang mengecewakan kerana gagal mencapai jangkaan. Berikut adalah 10 daripadanya.

Ralph Hasenhuttl

Ada sebab Ralph Hasenhuttl digelar sebagai ‘The Alpine Klopp’. Ralph Hasenhuttl dianggap sebagai salahs seorang jurulatih generasi baharu yang mampu membentuk sebuah pasukan dengan corak permainan menarik sepertimana pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Projek beliau di Southampton amat besar. Dari skuad remaja sehingga ke skuad utama, Hassenhuttl mahukan Sothampton dengan corak permainan sama.

Musim ini Southampton dilihat sebagai salah sebuah pasukan yang mampu sekurang-kurangnya menduduki kedudukan pertengahan liga dan layak ke Europa League.

Namun demikian Southampton memulakan musim dengan musibah apabila sehingga sembilan pemain utama mereka dilanda kecederaan. Hasilnya ialah keputusan buruk yang membayangi kerja cemerlang yang cuba dilakukannya di peringkat dalaman di Southampton.

Wolves

Kehilangan pemain utama akibat kecederaan adalah alasan paling popular digunakan  oleh mana-mana pasukan. Di Wolves, ia jelas kelihatan apabila mereka hilang khidmat Raul Jimenez.

Sebelum Jimenez cedera, Wolves berada di kedudukan ke-6, dan ketinggalan hanya empat mata dari pasukan di kedudukan teratas selepas merekodkan lima kemenangan dari 10 perlawanan.

Skuad kendalian Nuno Espirito kini berada di kedudukan ke-11, dan hanya berjaya mencatat empat kemenangan dari 15 perlawanan dilalui.

Wolves masih dibolosi 32 gol, iaitu jumlah yang sama mereka dibolosi selepas 25 perlawanan pada musim lalu. Namun jumlah jaringan kini kurang sembilan gol. Jimenez telah menjaringkan tiga gol sebelum mengalami kecederaan dalam selepas 10 perlawanan dilalui – juga jumlah sama dihasilkan pada musim lalu dengan jumlah perlawanan yang sama sebelum menyumbat 14 gol lagi selepas itu.

Jika Jimenez berjaya menjaringkan 14 gol lagi sepertimana pada musim lalu, sudah tentu kedudukan Wolves pada hari ini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Gareth Bale

Kembalinya Gareth Bale ke pangkuan Tottenham dilihat seperti sirih pulang ke gagang. Ia adalah peluag terbaik untuk Bale membuktikan dirinya selepas apa yang dilalui di Real Madrid. Namun sehingga kini kita gagal untuk melihat sama ada Bale mampu kembali ke prestasi lamanya atau tidak.

Ini kerana Jose Mourinho tetap mempertahankan sebab pemain antarabangsa Wales itu tidak diberikan minit beraksi yang cukup. “Saya tahu kualiti beliau,” kata jurulatih itu selepas babak kedua perlawanan yang cemerlang menentang West Ham.

“Saya tidak boleh menjelaskan segalanya kepada anda. Saya tidak patut dan enggan berbuat demikian.” Dengan prestasi Spurs yang semakin menjunam, kini adalah masa terbaik untuk Mourinho memberikan lebih banyak minit perlawanan kepada Bale.

Anthony Martial

Bagi yang sering mengikuti siaran langsung perlawanan membabitkan Manchester United, anda pasti dapat mengesan bagaimana Ole Gunnar Solksjaer kini semakin lantang menjerit di tepi padang terhadap Anthony Martial. Pengurus Norway itu lama kelamaan seperti semakin hilang sabar dengan pemain antarabangsa Perancis ini.

13 gol dan empat assist dalam 20 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris pada musim lalu memberi bayangan Martial akan menyerlah dan menjadi senjata ampuh Manchester United pada musim ini. Namun pemain yang memaksa Man United membayar £54 juta itu acap kali kelihatan terkial-kial di atas padang.

“Masalah Martial amat jelas. Beliau tidak memberikan kesungguhan dan malas  bergerak,” ujar Solksjaer.

Pierre-Emerick Aubameyang

“Saya menurunkan tandatangan [kontrak] kerana mahu menjadi legenda Arsenal, atau mungkin juga untuk meninggalkan legasi,” kata Aubameyang selepas menandatangani kontrak bernilai £55 juta hanya pada September lalu. Kata-kata tersebut bagaimanapun seperti kata-kata dusta sekiranya dikenang pada hari ini.

Malah mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada Aubameyang masih ingat cara bermain bola sepak selepas menandatangani kontrak yang begitu mewah.

Pada musim pertamanya, Aubameyang menjaringkan 10 gol untuk Arsenal dari Januari.  Dua musim berikutnya, pemain antarabangsa Gabon itu menjaringkan 22 gol setiap musim. Musim ini Aubameyang hanya mencetak lapan gol. Lima daripadanya adalah dari dua perlawanan menentang Leeds dan Newcastle. Adakah beliau lupa cara untuk menjaringkan gol menentang pasukan lain?

Hakim Ziyech

Hakim Ziyech tidak memerlukan banyak masa untuk menyerlahkan potensi yang ada pada dirinya apabila baru menyertai Chelsea di bawah kendalian Frank Lampard.

Dua gol dan tiga assist dari tiga penampilan pertama adalah bayangan kepada potensi Ziyech. Peringkat awal Ziyech di Stamford Bridge turut dibayangi dengan beberapa kecederaan.

Selepas itu keadaannya berubah di bawah kendalian Thomas Tuchel. Pengendali dari Jerman itu tidak kekok memberitahu Ziyech perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan baharu. Masalahnya kini formasi Chelsea di bawah kendalian Tuchel tidak kondusif untuk pemain seperti Ziyech.

Ziyech adalah jenis pemain yang gemar menjadi tumpuan. Adanya Kai Havertz, Timo Werner dan Mason Mount, sukar untuk Ziyech menjadi fokal utama pasukan. Apatah lagi beraksi sebagai inverted No.10.

Jose Mourinho

50 perlawanan pertama Premier League yang diharungi oleh Jose Mourinho boleh dianggap sebagai amat priduktif, menghiburkan dan menjanjikan masa depan cerah dengan karier gemilang.

Ditanya mengenai kemerostan prestasi Tottenham yang dikaitkan dengan corak pengurusan beliau, Mourinho menjawab: ‘Tidak, bukan kerana itu. Cara saya dan barisan kejurulatihan adalah yang terbaik di dunia. Lama saya berfikir, sangat lama, kami mempunyai masalah di dalam pasukan dan saya tidak boleh menyelesaikannya bersendirian sebagai jurulatih.”

https://twitter.com/Mcsportslive1/status/1364162650305933318

Jangan lupa bahawa Mourinho telah membelanjakan £130 juta untuk menambahbaik pasukan Tottenham ini. Namun yang menjadi persoalan ialah Tottenham mempunyai antara dua penyerang terbaik dunia di dalam pasukan. Di sebalik kelebihan itu, Mourinho lebih gemar bermain secara bertahan.

Thiago Alcantara

Thiago Alcantara indah khabar dari rupa? Alcantara menyerlah bersama Bayern Munich pada musim lalu namun gagal menghadirkan impak yang sama bersama Liverpool setakat ini.

Jika Thiago diturunkan, Liverpool hanya mengutip purata 0.88 mata. Jika pemain itu tidak beraksi, Liverpool mengutip 2.08 mata setakat ini.

Tiada keraguan Thiago Alcantara sememangnya adalah salah seorang pemain bola sepak yang hebat. Namun tanggapan beliau mampu berkaksi dengan hebat bersama Liverpool kini semakin pudar.

Mengambil kira perkara tersebut, ianya tugas Klopp untuk memastikan Thiago Alcantara turut mampu beraksi dengan hebat di dalam sistem Liverpool yang amat digeruni di seluruh dunia sebelum ini.

Sheffield United

Selepas mengharungi 25 perlawanan pada musim lalu skuad kendalian Chris Wilder memiliki 36 mata dan cakap-cakap mengenai potensi ke Champions League mulai menjadi bualan.

Musim lalu mereka berjaya mengutip 11 mata seawal Oktober. Kini selepas 25 perlawanan dan pada penghujung Februari, anak buah Wilder hanya mampu mengutip 11 mata – jumlah mata sama pada Oktober 2019.

Liverpool

Sang juara yang hebat tidak hanya akan memenangi kejuaraan, malah mereka mampu mengekalkannya.

Roy Keane pernah menekankan perkara tersebut sebelum ini. Skuad kendalian Klopp pula seakan-akan sudah mengibarkan bendera putih sebelum cuba untuk melawan.

Harus diingat Manchester City memulakan kempen dengan buruk pada awal musim namun mereka bangkit dan kelihatan seperti sukar dihalang pada ketika ini.

Cabaran Liverpool pula begitu mudah hilang punca seolah-olah pasukan lain tidak pernah mengalami isu kecederaan. Buat masa sekarang Liverpool kelihatan seperti hilang arah.

Penutup

10 senarai di atas adalah antara contoh yang kami perolehi. Kami yakin ada perkara lain yang tidak memenuhi jangkaan anda di dalam saingan pada musim ini.

Jika anda, nyatakan melalui platform yang kami sediakan dan bincangkan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain melalui pautan di bawah:

Jamal Musiala: Prospek Masa Depan Yang Menjadi Punca ‘Peperangan’ England Dan Jerman

3 Kelab Yang Boleh Disertai Dean Henderson Jika Terus Dipinggir Manchester United

5 Kelab Yang Mungkin Jadi Destinasi Sergio Aguero Yang Seterusnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN