10 Pasukan Yang Memasang Lagu Bola Selepas Pasukan Mereka Menjaringkan Gol

Tidak dinafikan, muzik adalah sebahagian daripada matchday experience bagi mereka yang hadir ke stadium untuk menonton bola sepak.

Perasan atau tidak? Jika anda menonton perlawanan bola sepak terutamanya di Jerman ataupun Sepanyol, sekiranya pasukan tuan rumah menjaringkan gol pasti akan anda lagu dimainkan saat pemain dan penyokong sedang meraikannya bukan?

Itulah tema untuk artikel kali ini yang menceritkan 10 lagu yang sering dipasang oleh pasukan bola sepak sekiranyan mereka menjaringkan gol ketika perlawanan.

10. Chelsea Dagger oleh Hermes House Band – Juventus

Hermes House Band (HHB) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Belanda dan mereka mereka sudah pun bergerak sebagai satu kumpulan muzik sejak 1984 lagi.

Lagu Chelsea Dagger yang dipilih oleh Juventus ini mempunyai satu sebab iaitu lagu ini bersifat catchy ketika hendak dinyanykan.

Lirik nya hanya mudah sahaja, hanya dengan menyebut “teredum” ketika lagu ini dimainkan!

9. Mad oleh The Concert – Bayern Munich

Lagu bola ini sangat sinonim dengan bola sepak. Hal ini bukan kerana ketika perlawanan melibatkan Bayern Munich sahaja lagu ini digunakan, tetapi ketika dalam kejohanan utama seperti Piala Eropah juga.

Lagu bola ini dimainkan setiap kali Bayern Munich menjaringkan gol, dan penyokong hanya perlu menyebut “gol” sahaja ketika lagu ini dimainkan.

8.Seven Nation Army oleh The White Stripes – Atletico Madrid

Lagu  yang didendangkan oleh kumpulan muzik dari Amerika Syarikat ini sering dimainkan setiap kali Atletico Madrid menjaringkan gol ketika beraksi di Estadio Calderon.

Lagu bola ini mempunyai rentak yang sama dengan lagu Mad nyanyian The Concert. Dan lagu ini juga sering dimainkan dikejohanan seperti Piala Eropah dan UEFA Champions League.

7. Just Can’t Get Enough oleh Depeche Mode – Celtic

Lagu bola yang bersifat rancak ini sering dimainkan apabila Celtic menjaringkan gol dan ia ternyata menaikkan semangat penyokong mereka.

Lagu ini merupakan lagu utama bagi Celtic selain lagu You’ll Never Walk Alone dendangan Gerry & The Pacemaker.

6. I Will Survive oleh Hermes House Band – Feyenoord

Jika anda merupakan penonton rancangan realtiti TV GegarVaganza, pasti anda akan kenal dengan lagu ini.

Kumpulan muzik ini telah diangkat sebagai kumpulan muzik rasmi bagi Feyenoord. Dan lagu ini, menjadi senjata utama penyokong Feyenoord untuk menggerunkan pasukan lawan yang datang ke stadium mereka.

5. One Step Beyond oleh Madness – Rangers

Lagu bola ini pada asalnya tidak mempunyai lirik pada lagunya dan jika Rangers menjaringkan gol, hanya muzik sahaja yang kedengaran.

Akan tetapi, penyokong Rangers menambah lirik “la la la” ketika lagu ini dimainkan.

4. Rockin All Over The World oleh Status Quo – Bayer Leverkusen

Status Quo merupakan kumpulan muzik yang berasal dari England yang memainkan irama boogie rock. 

Lagu Rockin’ All Over The World ini sering dimainkan oleh Bayer Leverkusen setiap kali mereka menjaringkan gol.

Rentak yang catchy dan membangkitkan semangat penyokong menyebabkan lagu ini menjadi pilihan mereka.

3. Zeven Dagen Lang oleh Bots – Hoffeinhem

Lagu ini merupakan lagu yang dicipta pada tahun 1929 dan berasal dari lagu Son ar chistr (Si Anak Cuka) yang dinyayikan dalam bahasa Breton iaitu bahasa yang sering dipakai oleh etnik Celtic di Perancis.

Lagu ini sudah dialih bahasa kepada lebih 30 bahasa dan versi yang digunakan oleh Hoffenheim adalah dari tahun 1976 nyanyian kumpulan Bots yang telah dialih bahasa kepada bahasa Jerman iaitu Zeven Dagen Lang.

2. I Feel Good oleh James Brown – RB Leipzig

Jika anda sering menonton NTV7 satu ketika dahulu, pasti anda akan kenal dengan lagu ini!

RB Leipzig menjadikan lagu dendangan James Brown ini sebagai lagu bola yang dipasang ketika sedang meraikan gol. Hal ini kerana, penyokong RB Leipzig sentiasa “feel good” setiap kali pasukan mereka menjaringkan gol!

1. Hala Madrid y Nada Mas oleh Real Madrid – Real Madrid

Lagu ini merupakan lagu bola rasmi buat penyokong Real Madrid. Setiap kali mereka jaringkan gol, pasti lagu ini kedengaran.

Jika anda main FIFA 17 menggunakan Real Madrid di Santiago Bernabeu, pasti lagu ini akan kedengaran ketika anda menjaringkan gol.

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Sufi Zulkarnain yang merupakan peminat setia Celtic. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Baca juga: Apakah Maksud Lencana Bernombor Di Tepi Jersi Pasukan UEFA Champions League?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN