Rumusan Kempen SPL Celtic 2016/17, Prospek Dan Aspirasi Di Masa Akan Datang

Kami membuat rumusan lebih awal untuk juara Liga Scotland ini kerana mereka terlalu gah dan masih belum tewas dalam kesemua 20 perlawanan setakat ini. Masih ada baki 18 perlawanan lagi untuk diharungi.

Berikut adalah 5 Perkara yang kami gariskan dana rumusan kempen Celtic musim ini.

1. Kualiti Brendan Rodgers

Beliau ada cv yang kuat di EPL. Menjadikan Swansea City sebagai kelab yang sangat menarik untuk ditonton. Dalam usia muda, Rodgers pernah dilantik menjadi pengurus Liverpool.

Asas kejurulatihan beliau bermula dengan menjadi pembantu Jose Mourinho di Chelsea. Beliau kemudian membawa falsafah taktikal yang berasaskan model ala Cruyff.

Di Liverpool beliau tidak ada kawalan total kepada pemain dan bekerja dalam organisasi Ian Ayre. Di Celtic beliau diberikan kebebasan penuh dalam urusan jual beli dan kontrak pemain.

Semua orang tahu kemampuan Rodgers dalam mencipta bola sepak bertahan. Namun beliau banyak belajar daripada kegagalan dalam isu pertahanan.

2. Faktor Dembele

Antara pemain penting Rodgers adalah Moussa Dembele. Beliau bermain dalam kesemua 37 perlawanan untuk dalam kempen Celtic musim ini.

Pada awalnya ramai menjangka Dembele hanyalah pemain dalam proses pembangunan. Namun dalam masa sekekap beliau sudah menjadi pemain utama.

Kecemerlangan Dembele memaksa Leigh Griffiths ke bangku simpanan. Salah satu perkara yang menguatkan lagi populariti Dembele adalah rekod jaringan beliau dalam derbi Old Firm.

Beliau menjaringkan 5 gol menentang Rangers. Terbaru adalah pada 31 Disember lalu Dembele menjadi punca kebangkitan Celtic di Ibrox.

3. Prospek

Tom Rogic dan Stuart Armstrong adalah prospek terbaik di Liga Scotland buat masa ini. Untuk pengetahuan semua, Rogic merupakan prospek yang lahir dari Akademi Nike.

Rogic juga pemain yang memang sudah menunjukkan kualiti beliau sejak musim lalu. Pemain yang mulai diintai kelab-kelab di luar Scotland kerana ciri-ciri all rounder yang ada pada beliau.

Stuart Armstrong pula bakat yang dikesan oleh scouting mereka dari Dundee United. Pemain ini adalah big game player.

Pemain ini adalah tipikal pemain yang digemari oleh Rodgers kerana rajin (workrate tinggi). Di Swansea Rodgers ada Leon Britton, di Liverpool dia ada Mr. Duracel Jordan Henderson.

4. Breakthrough Of The Season: Scott Sinclair

Ada yang menganggap ia adalah kebangkitan semula ataupun revival. Tapi kami letakkan beliau dalam senarai breakh through kerana ini musim pertama beliau di SPL.

Sinclair memang pemain penting Rodgers ketika di Swansea sejak mereka di Liga Championship lagi. Pemain ini berhadapan kemurungan karier ketika menyertai Manchester City.

5. Gandingan Terbaik: Dembele-Sinclair

Dalam setiap pasukan juara, sudah pasti ada duo ataupun trio yang terbaik. Di Celtic mereka ada duo Dembele-Sinclair.

Keserasian kedua-dua pemain ini sangat baik. Ada kepantasan, bagus dengan bola bola di kaki dan kreatif.

Tahniah Celtic!

Walaupun kejuaraan SPL sudah dijangka kerana kemerosotan prestasi oleh pencabar lain dan juga Rangers yang baru bangkit dari masalah kewangan.

Celtic juga berjaya melakukan transaksi pemain yang baik dan berkualiti pada musim ini.

Kami tetap merasakan ia pencapaian yang cemerlang untuk melalui 20 perlawanan. Namun kami menjangkakan kualiti Celtic ini akan mendesak pasukan lain untuk meningkatkan kualiti mereka selepas ini.

Jika tidak, ia turut memberikan impak kepada Celtic kerana persaingan yang tidak kompetitif untuk menaikkan kualiti mereka di peringkat lebih global seperti dalam UCL. Ia adalah penanda aras yang lebih tepat untuk pasukan ini.

Rodgers memiliki rekod yang agak teruk di peringkat Eropah. Jadi rasanya agenda selepas ini adalah Eropah.

Pasukan ini bukanlah pasukan yang lengkap dan masih dalam proses pembangunan. Jadi, sebarang penjualan pemain utama bukan opsyen buat masa ini. Namun mereka perlukan beberapa penambahan.

Baca juga: 5 Perkara Yang Penyokong Celtic Akan Perolehi Daripada Brendan Rodgers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN