Manchester United dinilaikan sebagai kelab paling bernilai dalam saingan Premier League pada ketika ini mengatasi seteru mereka Manchester City, Chelsea, Liverpool dan Arsenal.
Hasil kajian terbaru mendapati yang Manchester United merupakan kelab paling bernilai dalam saingan Premier League pada ketika ini.
Skuad The Red Devils itu tidak dinafikan lagi sememangnya bergelut dengan pelbagai masalah selepas berakhirnya era Sir Alex Ferguson.
A new study has revealed the Premier League's most valuable club 🤑 pic.twitter.com/nbweeBKBHe
— SPORTbible (@sportbible) January 24, 2023
Sudah sedekad mereka gagal untuk memenangi gelaran Premier League dan United juga bukanlah pasukan yang paling digeruni seperti mana sepatutnya mereka sebelum ini.
Walau mereka gagal untuk konsisten memenangi Piala, namun mereka masih berjaya untuk konsisten sebagai kelab yang paling bernilai dalam saingan Premier League.
Dalam tempoh dua tahun terakhir ini, nilai pasaran Man United naik sehingga 28 peratus dan menjadikan mereka sebagai kelab paling bernilai di pentas bola sepak Inggeris.
Pemilik kelab, Glazer turut sudah memberi bayangan yang beliau akan menjual kelab andai ada tawaran yang berbaloi untuk diterima.
Manchester United 'are confirmed as the Premier League's most valuable club – with a valuation of £4.8b' https://t.co/0hX2bQO8UM
— Mail Sport (@MailSport) January 24, 2023
Menurut kajian dari Sportico, Man United kini dianggarkan bernilai £4.8 billion dan nilai mereka sebenarnya jauh mengatasi pasukan-pasukan lain di England.
Liverpool dianggarkan bernilai £3.8 billion, sementara Manchester City dianggarkan bernilai £3.5 billion.
Arsenal yang kini sedang mendahului carta saingan Premier League pula berada di kedudukan keempat dalam senarai ini dengan nilai mereka dianggarkan bernilai £2.9 billion.
Seteru utama Gunners yang turut menjadi pasukan paling banyak berbelanja pada jendela perpindahan Januari ini, Chelsea pula berada di kedudukan kelima dengan kelab dari London itu dianggarkan bernilai £2.8 billion.
Newcastle juga turut masuk ke senarai 10 kelab paling bernilai dalam saingan Premier League dengan The Magpies mencatatkan kenaikkan paling tinggi dalam tempoh dua tahun terakhir ini.
Manchester United is the most valuable Premier League team at $5.95 BILLION, per @kbadenhausen.
⚽️ Top 6 teams are worth at least $3B
⚽️ Avg. Premier League team is worth ~ $1.51B(📊 @LevAkabas/@Sportico) pic.twitter.com/WP0cWuvFLh
— Mark J. Burns (@markjburns88) January 24, 2023
Sportico turut melaporkan yang Newcastle mencatatkan kenaikkan 63 peratus dengan nilai pasaran mereka pada ketika ini bernilai £357 juta.
Nilai Newcastle mula melonjak selepas diambil alih oleh Syarikat Konsortium Arab Saudi dari Mike Ashley pada tahun 2021 yang lalu.
Pemilik baru The Magpies jelas sekali sangat bercita-cita mahu menaikkan kelab dan mahu menjadikan Newcastle sebagai kuasa besar dalam saingan Premier League.
Berikut merupakan 10 kelab paling bernilai dalam saingan Premier League menurut Sportico:
10. Newcastle United: £357 juta
9. Leicester City: £442 juta
8. Everton: £486 juta
7. West Ham United: £539 juta
6. Tottenham Hotspur: £2.6 billion
🆕 A recent study has determined that Manchester United are the most valuable #PremierLeague team.
📈 Their estimated value has increased by 28% over the last two years, making them worth $1.2billion more than Liverpool.
🏷️ United are also currently up for sale…#MUFC pic.twitter.com/jPu73lvhfo
— Sporting News Football Club (@sn_footballclub) January 24, 2023
5. Chelsea: £2.8 billion
4. Arsenal: £2.9 billion
3. Manchester City: £3.5 billion
2. Liverpool: £3.8 billion
1. Manchester United: £4.8 billion