10 Fakta Bola Sepak Yang Akan Membuatkan Anda Kata, “Biar Betul?”

Biar betul? Ya, kadang-kala macam susah kita nak percaya fakta-fakta ini. Tetapi ia memang betul – seperti kemudahan yang NJOI Now sediakan untuk menonton liputan sukan Astro Arena secara percuma. Muat turun NJOI Now sekarang!

1. Mark Hughes pernah bermain 2 perlawanan kompetitif dalam satu hari. Pada waktu petang, beliau bermain untuk Wales. Pada waktu malam pula, beliau bermain untuk Bayern Munich.

Sport, Football, pic: 25th November 1987, Mercantile Credit Centenary Challenge,Everton 3 v Bayern Munich 1, Mark Hughes, Manchester United (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Pada 11 November 1987, Mark Hughes bermain mewakili Wales menentang Czechoslovakia di Prague pada pukul 4.30 petang. Hughes yang pernah berkhidmat sebagai pengurus Blackburn Rovers, Fulham, QPR, Manchester City dan Stoke City gagal membantu Wales untuk menang dalam perlawanan tersebut, di mana Wales tumpas 0-2 kepada Czechoslovakia.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Hughes terus menaiki jet peribadi untuk terbang membantu Bayern Munich menentang Borussia Moenchengladbach dalam aksi DFB-Pokal pula. Hughes tiba ketika separuh masa pertama telah tamat dengan Bayern ketinggalan 0-2. Beliau kemudiannya dimasukkan pada separuh masa kedua dan Bayern menang 3-2.

2. Luka Modric dan Mark Viduka merupakan sepupu.

Newcastle’s Australian striker Mark Viduka (R) vies with Tottenham Hotspur’s English defender Jonathan Woodgate (C) and Croatian midfielder Luka Modric (L) during their Premier League football match at White Hart Lane, London, on April 19, 2009. (GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Nampak seperti kedua-dua pemain ini tidak mempunyai apa-apa perkaitan. Tetapi pemain tengah Real Madrid, Luka Modric adalah sepupu kepada bekas penyerang terkemuka Leeds United dan Australia, Mark Viduka.

Keluarga Mark Viduka merupakan imigran dari Croatia berhijrah ke Australia pada era 1960-an.

3. Semasa usianya baru 10 tahun, Jakub Błaszczykowski menyaksikan sendiri bapanya menikam ibunya sehingga mati.

Jakub Blaszczykowski of Poland during the FIFA World Cup 2018 Qualifying Round Group E match between Poland and Montenegro at National Stadium in Warsaw, Poland on October 8, 2017 (Photo by Andrew Surma/NurPhoto via Getty Images)

Dalam buku autobiografinya yang bertajuk ‘Kuba’, pemain sayap Borussia Dortmund dan VfL Wolfsburg ini mendedahkan pengalaman ngerinya menyaksikan bapanya sendiri menikam ibunya berkali-kali di depan mata.

Bapa Błaszczykowski dihukum penjara 15 tahun atas jenayah tersebut. Błaszczykowski kemudiannya dibesarkan oleh neneknya sehingga berjaya menjadi pemain bola sepak profesional.

4. Gary Lineker tidak pernah dilayangkan kad oleh pengadil sepanjang karier bola sepaknya – walaupun kad kuning.

England v Soviet Union 1-3 1988 European Championships, Hanover Germany Group Match B. Gary Lineker has a word with the Referee about his boots. 18th June 1988. (Photo by Monte Fresco/Mirrorpix/Getty Images)

Bekas penyerang England yang pernah beraksi untuk Leicester City, Everton, Tottenham Hotspur dan Barcelona ini bermain sejumlah 567 perlawanan sepanjang kariernya dan menjaringkan 281 gol. Tetapi apa yang paling mengagumkan tentang karier Lineker adalah beliau tak pernah pernah dilayangkan kad kuning oleh pengadil – apatah lagi kad merah.

Antara pemain yang turut tak pernah dilayangkan kad merah oleh pengadil adalah Phillip Lahm, Raul Gonzalez, Damien Duff dan Ryan Giggs.

5. Fernando Torres dan Diego Simeone pernah bermain bersama, di mana Torres adalah kapten pasukan

Kredit: marca.com

Mula membuat debut untuk Atletico Madrid pada usia 17 tahun, Fernando Torres kemudiannya dijadikan kapten pasukan pada musim 2003/2004 ketika usianya baru 19 tahun. Usia Diego Simeone pula pada ketika itu adalah 33 tahun.

Ironinya adalah pada ketika ini Diego Simeone merupakan pengurus Atletico Madrid dan juga bos kepada Fernando Torres.

6. Aberdeen FC adalah satu-satunya pasukan British yang mempunyai rekod kemenangan 100% menentang Real Madrid

Aberdeen’s John Hewitt hits the floor after heading home the winning goal (Photo by Peter Robinson/EMPICS via Getty Images)

Aberdeen yang pada ketika itu diurus oleh Alex Ferguson yang muda belia memegang rekod ini selepas menewaskan Real Madrid 2-1 (selepas masa tambahan) dalam perlawanan akhir European Cup Winners’ Cup 1983. 2 lagi kelab lain yang mempunyai rekod kemenangan 100% menentang Real Madrid adalah Boca Juniors dan Girona.

Bagaimana pula dengan satu-satunya kelab di dunia yang mempunyai rekod tanpa kalah menentang Barcelona? Sekali lagi, kelab Scotland memegang rekod ini iaitu Dundee United. Dundee United menumbangkan Barcelona dalam 2 aksi suku akhir UEFA Cup 1986/1987.

7. Stoke City adalah kelab Premier League terakhir yang mempunyai pemenang Ballon d’Or sebagai anggota pasukan iaitu Michael Owen

Stoke City manager Tony Pulis (L) speaks to Stoke City’s English forward Michael Owen (R) during the English Premier League football match between Stoke City and Manchester United at The Britannia stadium, Stoke-on-Trent, England on April 14, 2013. Manchester United won 2-0. AFP PHOTO / ANDREW YATES
RESTRICTED TO EDITORIAL USE.

Michael Owen yang juga merupakan pemenang anugerah Ballon d’Or tahun 2001 ketika beraksi untuk Liverpool pernah beraksi untuk Stoke City pada musim 2012/2013 sebelum bersara.

8. Alex Song mempunyai 27 adik-beradik.

Kredit: futbolita.com

Bekas pemain tengah Arsenal dan Barcelona ini mempunyai 10 adik-beradik lelaki dan 17 adik-beradik perempuan hasil perkahwinan bapanya dengan 5 wanita. Bapa Song meninggal dunia ketika Song berumur 2 tahun – membuatkan Song berazam untuk menjadi pemain bola sepak profesional untuk membantu keluarganya.

9. David Beckham dilahirkan di sebuah hospital yang bernama Whipps Cross Hospital.

01 May 1999 Premiership football – Manchester United v Aston Villa David Beckham crosses the ball for United. (Photo by Mark Leech/Getty Images)

Apakah kebarangkalian seorang pemain yang mempunyai kemahiran membuat hantaran lintang yang cemerlang seperti beliau dilahirkan di sebuah hospital bernama ‘Whipps Cross’? Sangat tipis.

10. 10 pemain Celtic yang menjuarai European Cup 1967 dilahirkan kurang 10 batu dari stadium Celtic, Parkhead. Seorang lagi pemain, Bobby Lennox dilahirkan di Saltcoats, 30 batu dari Parkhead

Football, European Cup Final, Lisbon, Portugal, 25th May 1967, Celtic 2 v Inter Milan 1, The two captains and officials pose together prior to exchanging pennants before the match, L-R: Inter captain Picchi, Linesman R Jakobi, Referee K Tschewcher, Linesman R Eisemann and Celtic captain Billy McNeill (Photo by Bentley Archive/Popperfoto/Getty Images)

Menentang Internazionale yang terkenal dengan taktikal catenaccio yang defensif, kejayaan Celtic pimpinan pengurus Jock Stein ini juga dianggap ‘kejayaan untuk bola sepak’ kerana Celtic mengamalkan corak bola sepak yang menyerang.

Paling manis buat penyokong Celtic adalah kejayaan ini dicapai dengan penggunaan 100% anak tempatan Scotland – dengan 10 daripadanya dilahirkan kurang 10 batu dari stadium Celtic, Parkhead.

Anak buah Stein yang menjuarai European Cup 1967 ini kemudiannya digelar Lisbon Lions atas kejayaan ini.

Biar betul semua fakta ini betul-betul terjadi? Ya, semuanya betul. Tetapi tahukah anda satu lagi fakta yang anda mungkin tak tahu? Kini anda boleh menonton Astro Arena secara percuma melalui NJOI Now. Biar betul? Ya, memang betul!

Sama ada nak tonton melalui app atau web – terpulang kepada anda. Hanya muat turun NJOI Now di App Store atau Google play dan daftar!

Di Astro Arena juga, anda boleh menyaksikan aksi liga badminton Malaysia, SS Purple League 2017/2018 secara langsung. Muat turun NJOI Now sekarang dan tonton Astro Arena dan 17 saluran lain – secara percuma!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN