10 Dribbler Terbaik La Liga (Daripada 10 Perlawanan)

Selepas mengumpul 10 penggelecek (dribbler) terbaik di EPL, kami teruskan dengan mencari 10 dribbler terbaik dalam La Liga selepas 10 perlawanan.

Untuk masuk dalam senarai ini, kami menetapkan syarat:

  • Setiap dribbler perlu bermain sekurang-kurangnya 9 perlawanan liga. Ini bermakna, Lionel Messi tak termasuk dalam senarai ini.
  • Keupayaan setiap dribbler diukur melalui berapa banyak situasi 1 lawan 1 (1v1) yang dimenanginya melalui gelecekan.

10. Toño (Levante)

image10325_news_display

Bermain sebagai bek kiri pasukan yang kini menduduki tangga tercorot liga, Levente, Toño mungkin perlu bertukar ke posisi pemain sayap kiri berdasarkan jumlah gelecekan yang dimenanginya.

Toño sudah memenangi 17 daripada 34 percubaan gelecekannya (peratus kejayaan: 50%). Ia adalah statistik yang sangat bagus.

Tetapi sebagai pemain pertahanan, tugas utamanya adalah bertahan. Bukan hilang bola 50% setiap kali cuba menggelecek pemain lawan.

Apatah lagi apabila jentera pertahanan pasukannya sudah bolos 22 gol setakat ini; paling teruk dalam La Liga.

9. Jonathan Viera (Las Palmas)



Sebagai anak jati Las Palmas, Jonathan Viera sedang merealisasikan impiannya. Bermain bola sepak untuk pasukan yang disokongnya sejak kecil selepas gagal mencipta nama di Valencia.

Viera mencatat 17 gelecekan daripada 38 percubaan (peratus kejayaan: 45%).

Ia adalah statistik yang agak memuaskan memandangkan pemain sayap ini adalah pemain ke-3 paling banyak menerima tackle dalam La Liga selepas Carlos Vela dan Neymar.

8. Lass Bangoura (Rayo Vallecano)



Lass dikesan oleh peninjau bakat Rayo Vallecano ketika menghadiri klinik bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol di Guinea. Ketika itu usianya baru 18 tahun.

Selepas menyerlah di skuad remaja Rayo, Lass terus dinaikkan ke skuad utama tanpa perlu bermain dalam skuad simpanan Rayo ‘B’.

Tindakan Rayo ini menarik minat jiran mereka, Real Madrid yang menghantar peninjau bakat mereka untuk memerhatikan Lass bermain. Baru-baru ini, Barcelona pula dikatakan berminat dengan Lass selepas memerhatikan Lass bermain ketika kekalahan 2-5 Rayo kepada Barcelona.

Pemain sayap ini sudah mencatatkan 18 gelecekan daripada 43 percubaan (peratus kejayaan: 42%).

7. Isaac Success (Granada)



Penyerang Granada, Isaac Success mempunyai ciri-ciri penyerang moden yang dicari-cari setiap pasukan. Mempunyai fizikal yang bagus, laju dan mahir menggelecek.

Setakat ini Success sudah mencatat 19 gelecekan daripada 41 percubaan (peratus kejayaan: 46%).

Setiap kali beliau bermain, beliau menjadi sasaran pemain pertahanan kerana kemahirannya menggelecek. Buktinya, beliau adalah pemain ke-4 paling banyak menerima tackle dalam La Liga.

6. Marcelo (Real Madrid)



Pakar taktikal bola sepak, Michael Cox memanggil Marcelo sebagai playmaker, satu perkataan yang tak pernah diberikan kepada mana-mana pemain bek kiri sebelum ini.

Tetapi itulah yang ditunjukkan oleh Marcelo ketika Real Madrid seri 1-1 menentang Juventus tahun lepas. Beliau mampu mencipta peluang demi peluang melalui lariannya dari kiri.

Musim ini Marcelo sudah melengkapkan 20 gelecekan daripada hanya 38 percubaan (peratus kejayaan: 53%). Berdasarkan statistik ini, beliau menggelecek sebagus pemain sayap!

5. Vitolo (Villareal)



Vitolo adalah produk akademi Las Palmas tetapi mencipta nama sebagai salah satu anggota skuad Sevilla yang memenangi 2 trofi UEFA Europa League.

Vitolo sudah mencatatkan 23 gelecekan daripada 43 percubaan (peratus kejayaan: 53%).

Tetapi selain mahir menggelecek, Vitolo juga rajin membantu bek kirinya ketika bertahan. Beliau adalah pemain sayap yang paling banyak memenangi tackle dalam La Liga setakat ini, iaitu 10.

4. Nolito (Celta de Vigo)



Ketika Nolito menjaringkan 1 gol dan menyumbang 2 assists ketika Celta menewaskan Barcelona 4-1, Luis Enrique menegaskan beliau tidak malu kalah menentang pasukan yang bermain secantik Celta dan Nolito.

Nolito dibawa masuk ke Celta de Vigo ketika Enrique mengurus pasukan itu sebelum ini. Enrique tahu kehebatan Nolito sejak dari zamannya mengurus pasukan Barcelona ‘B’.

Steakat ini, Nolito sudah mencatat 25 gelecekan berjaya daripada 57 percubaan. Dan paling mengagumkan, beliau juga pemain paling banyak mencipta peluang dalam liga.

Nolito sudah mencipta 27 peluang gol untuk Celta, sama banyak dengan Neymar.

3. Fabián Orellana (Celta de Vigo)



Pemain sayap dari Chile ini sudah mencipta 19 peluang gol dan 2 assists untuk Celta.

Orellana sudah mencatat 26 gelecekan berjaya daripada 50 percubaan (peratus kejayaan: 52%).

2. Alen Halilović (Sporting Gijón)



Halilović pada mulanya dipinjamkan oleh Barcelona kepada Sporting sebagai back up untuk Carlos Carmona. Tetapi Sporting cepat menyedari kualiti yang dibawa oleh Halilović selepas debut nya.

Bermain sebagai central attacking midfielder, Halilović adalah pemain penting untuk strategi counter-attack pasukannya.

Beliau gemar memanipulasikan ruang yang ditinggalkan full back ketika pasukan lawan sedang sibuk menyerang Sporting.

Apabila serangan itu dipatahkan dan counter attack bermula, Halilović akan memporak-perandakan jentera pertahanan pasukan lawan dengan gelecekannya di sayap kanan.

Halilović sudah melengkapkan 26 gelecekan daripada hanya 42 percubaan (peratus kejayaan: 62%).

1. Neymar (Barcelona)



Apabila Lionel Messi cedera, penyokong Barcelona mengharapkan Neymar dan Luis Suarez untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar.

Neymar sememangnya tidak menghampakan. Beliau sudah menjaringkan 9 gol, 3 assists dan mencatat 39 gelecekan berjaya daripada 74 percubaan (peratus kejayaan: 53%).

Jika Messi tidak cedera, tempat no.1 ini pasti milik Messi. Walaupun hanya baru bermain 6 perlawanan liga, Messi sudah mencatat 39 gelecekan berjaya dariapada hanya 49 percubaan (peratus kejayaan: 80%)!

Baca juga: 10 Dribbler Terbaik EPL (Daripada 10 Perlawanan)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN