1. Robbie Fowler (Liverpool, 1997)
Selepas menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan menentang Brann Bergen (kelab Norway) dalam European Cup Winners Cup (sekarang dikenali sebagai UEFA Europa League), Robbie Fowler meraikan jaringannya dengan mempamerkan mesej di bajunya.
Mesej di bajunya bertulis sokongan kepada protes dockers (pekerja am) terhadap pengurusan pelabuhan Liverpool yang memecat sebilangan pekerja am yang lain tanpa notis.
Fowler didenda USD1,400 oleh UEFA kerana mempamerkan mesej tersebut di bajunya.
2. Robbie Fowler (Liverpool, 1999)
Selepas menjaringkan penalti dalam kemenangan 3-2 Liverpool ke atas Everton pada April 1999, Robbie Fowler meraikan jaringannya dengan membuat gaya menghisap kokain – untuk mengejek penyokong Everton yang menuduhnya menghisap dadah.
Yang paling menhairankan, pengurus Liverpool, Gerard Houllier, mempertahankan Robbie dengan berkata:
“Fowler hanya ingin meniru lembu yang makan rumput.”
Fowler didenda £60,000 (£85,313.84 jika mengambil kira kadar inflasi) dan dilarang bermain 4 perlawanan oleh England FA.
3. Peter Biaksangzuala (Bethlehem Vengthlang FC, 2014)
Peter Biaksangzuala, pemain tengah untuk kelab liga divisyen 3 India meraikan jaringannya dengan melakukan somersault ala-ala Miroslav Klose.
Tetapi Biaksangzuala membuat kesilapan ketika pendaratan somersault beliau. Tengkuk belakangnya mendarat dahulu. Tulang belakangnya patah, merosakkan saraf tunjangnya dan mati selepas 5 hari di hospital.
4. Carlos Tevez (Boca Juniors, 2004)
Semasa perlawanan kedua separuh akhir Copa Libertadores 2004 menentang River Plate, Carlos Tevez menjaringkan gol pada minit 84′ untuk memberikan kelebihan agregat 2-1 kepada Boca Juniors.
Tevez yang begitu gembira dengan gol tersebut, meraikan jaringannya dengan ‘tarian ayam’ – bertujuan untuk mengejek penyokong River Plate.
Pengadil nyata tidak suka dengan provokasi Tevez terhadap penyokong River Plate dan terus memberikan kad merah kepada Tevez.
5. Paolo Di Canio (Lazio, 2004-2005)
Lazio adalah kelab yang mendokong ideologi fascism Benito Mussolini. Paolo Di Canio pula terang-terangan mengaku sebagai penyokong Mussolini. Apabila Lazio dan di Canio disatukan, idea fascism mekar dan disenangi oleh Irriducibili Lazio – gelaran untuk ultras Lazio.
Pada tahun 2013, pemain AEK Athens Giorgos Katidis pula meraikan jaringannya dengan melakukan ‘Nazi salute’.
Biarpun beliau mengaku tidak tahu apa maksud Nazi salute, beliau tetap dihukum oleh Greece FA – di mana dia tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan Greece seumur hidup.
6. Paul Gascoigne (Rangers FC, 2005)
Ini sangat gila.
Pada Ogos 2005, Gazza mengejek penyokong Celtic dalam Old Firm derby dengan meniup seruling ketika meraikan jaringannya.
Meniup seruling adalah simbolik perjuangan kumpulan pro-Loyalists dan Orange Orders yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong Rangers. Ini menimbulkan kemarahan kepada penyokong Celtic yang rata-ratanya menentang fahaman politik kumpulan pro-Loyalists.
Gazza didenda £20,000 oleh Rangers dan menerima berpuluh-puluh ancaman bunuh daripada penyokong Celtic.
7. Fabian Espindola (Real Salt Lake, 2008)
Fabian Espindola meraikan jaringan tandukannya ketika menentang LA Galaxy dengan melakukan multiple back flip yang mencederakan pergelangan kakinya sehingga terpaksa direhatkan selama 8 minggu.
Lebih sadis lagi, gol Espindola tidak dikira kerana ofsaid.
8. Zlatan Ibrahimovic (AC Milan, 2008)
Dalam perlawanan menentang Fiorentina, Zlatan Ibrahimovic melakukan apa yang biasa Zlatan Ibrahimovic lakukan – menjaringkan gol dengan aksi bicycle kick.
Ibrahimovic meraikan jaringannya dengan melayangkan penumbuk udara. Tetapi penumbuk udara tersebut menyebabkan lengan beliau tercedera.
Tetapi Zlatan tetap Zlatan. Beliau mengabaikan kecederaannya dan terus bermain sehingga habis perlawanan.
9. Martin Palermo (Villarreal, 2001)
Selepas menjaringkan gol ketika menentang Levante dalam Copa del Rey, Martin Palermo berlari terus ke arah penyokong Villarreal untuk meraikan jaringannya. Penyokong Villarreal berasak menuju ke hadapan untuk memeluk hero mereka.
Sedang mereka berpelukan, dinding penghadang stadium runtuh dan menghempap kaki Palermo. Tulang tibia dan fibula nya patah. Palermo terlepas Piala Dunia 2002 untuk Argentina dan terpaksa berehat selama 6 bulan.
10. Paolo Diogo (Servette FC, 2004)
Selepas menyumbang satu assist ketika menentang FC Schaffhausen di Liga Switzerland, Paolo Diogo meraikan gol pasukannya dengan memanjat pagar penyokong dan meraikan bersama mereka.
Apabila Diogo mahu turun dari pagar tersebut, cincin perkahwinan yang tersarung di jari manisnya tersangkut di pagar. Apabila Diogo turun, jarinya putus. Diogo pula hanya menyedari kehilangan jarinya selepas masuk ke padang.
Diogo dirawat di hospital, tetapi doktor gagal menyambungkan semula jarinya yang putus itu.
Untuk menambah garam di luka jarinya, pengadil memberikan kad kuning kepada Diogo kerana melambatkan perlawanan dengan antiknya bersama penyokong ketika meraikan jaringan.
Baca: 8 Jersi Bola Sepak Terpelik. No.4 Paling Kelakar!