San Marino hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja dari 196 perlawanan, seterusnya menjadikan mereka sebagai pasukan paling teruk dalam dunia bola sepak hari ini.
Mereka kini berada di kedudukan ke-211 FIFA dan melihat kepada kedudukan mereka sahaja sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana prestasi skuad kebangsaan San Marino itu sendiri.
San Marino merupakan negara kelima terkecil di dunia ini dengan mereka hanya mempunyai populasi penduduk sekitar 35,000 orang sahaja.
🇸🇲 After their winter jaunt to the Caribbean, San Marino are back against European opposition when they host Northern Ireland today.
For the world's worst national team, it is another chance to end their 126-game winless streak – the longest in international football history. pic.twitter.com/EZ5UwRaVgF
— The Sweeper (@SweeperPod) March 23, 2023
Rata-rata pemain skuad kebangsaan San Marino juga bukanlah pemain-pemain profesional kerana kebanyakkan dari mereka hanya bermain bola secara sambilan sahaja.
Kebanyakkan pemain mereka merupakan pekerja bank, Doktor, kerani dan hanya dua ke tiga orang sahaja yang benar-benar menjadikan bola sepak sebagai kerjaya utama mereka.
Sejarah bola sepak San Marino
Persatuan bola sepak San Marino mula ditubuhkan sejak dari 1931 lagi namun mereka memerlukan berpuluh-puluh tahun untuk menubuhkan skuad bola sepak sendiri.
Perlawanan pertama yang melibatkan skuad kebangsaan San Marino adalah aksi bertemu skuad B-23 Canada pada tahun 1986 dengan mereka ketika itu mencatatkan kekalahan 1-0.
Namun begitu, aksi bertemu Canada itu bukanlah perlawanan rasmi pertama mereka kerana itu adalah aksi perlawanan persahabatan tidak rasmi.
We know that tomorrow night’s opponents aren’t famously excellent at football.
But what more can we figure out about the nation standing between us and a winning start to Euro 2024 qualification?
San Marino, a thread 👇🏻 pic.twitter.com/0H597Pu1QL
— Spirit Of 2016 Podcast🎙 (@SpiritOf2016Pod) March 22, 2023
Perlawanan rasmi pertama San Marino adalah ketika bertemu Switzerland pada tahun 1990 dengan mereka ketika itu tewas 4-0.
Sejak dari itu sehingga ke hari ini, San Marino sudah mengharungi 196 perlawanan, dengan mereka tewas 186 perlawanan, seri sembilan dan hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja.
Satu-satunya kemenangan yang pernah dicatatkan oleh San Marino adalah ketika mereka menewaskan Leichtenstein pada April 2004 yang lalu dengan keputusan 1-0.
Sepanjang tempoh tersebut juga, San Marino hanya mampu menjaringkan 28 gol sahaja dan mereka mencatatkan 804 bolos.
Tidak mengejutkan untuk melihat mereka bolos sebanyak itu kerana San Marino sememangnya sering menjadi pasukan belasahan terutama di pentas bola sepak Eropah.
https://twitter.com/madridreigns/status/1327707250232799235?s=20
Mereka pernah dibelasah 13-0 di tangan Jerman pada tahun 2006 lalu dan San Marino juga terlalu kerap tewas dengan jurang lebih dari lima gol.
Pemain terbaik San Marino
Pemain yang paling banyak membuat penampilan bersama skuad kebangsaan San Marino adalah pemain penyerang mereka, Matteo Vitaioli yang sudah membuat 83 penampilan dan masih aktif bermain sehingga hari ini.
Pemain berusia 33 tahun itu mula beraksi bersama skuad kebangsaan San Marino pada tahun 2007 yang lalu dan walaupun beliau merupakan pemain penyerang utama, beliau hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja sehingga hari ini.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman San Marino pula adalah legenda bola sepak mereka, Andy Selva yang berjaya menjaringkan lapan gol dari tahun 1998 hingga 2016.
Fact:
San Marino’s all time top scorer is their former captain. His name is Andy Selva.He is hailed one of the greatest players in the history of San Marino National team.
He scored a massive 8 goals in 74 matches from 1998-2016(retired)
Legend🙌🏼 pic.twitter.com/pTRYrzElv0
— Lino Sarkcess Reddington 🇬🇭 (@mikelino_1) October 12, 2021
Di kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman San Marino pula adalah Manuel Marani yang berjaya menjaringkan dua gol dari tahun 2003 hingga 2012.
Semoga saja di masa hadapan skuad bola sepak San Marino akan semakin cemerlang dan memperoleh lebih kemenangan lagi.