Belajar Dari Kisah Kebangkitan dan Kepulangan Semula Middlesbrough

Middlesbrough sangat aktif dalam pasaran perpindahan kali ini. Mereka telah membawa masuk berberapa nama besar ke dalam pasukan ini.

Ia adalah persediaan yang agak mengujakan sempena kepulangan semula mereka ke Liga Perdana Inggeris sejak 2008.

Mungkin ramai generasi baru kurang mengenali kelab lagenda ini. Mereka adalah pasukan yang sentiasa berupaya melakar kejutan di mana-mana peringkat.

ahol4

Mereka pernah mara sehingga ke pentas akhir UEFA Cup 2005/06 yang kini dikenali sebagai Europa League. Mereka tewas 4-0 dalam perlawanan final menentang Sevilla.

Middlesbrough-at-the-Uefa-Cup-final

Nama nama pemain seperti Mark Viduka, Juninho Paulista, Fabrizio Ravanelli, Boudewijn Zenden, Joseph-Desire Job, Gaizka Mendieta, Gareth Southgate, Jimmy Floyd Hasselbaink, Fabio Rochemback, Stewart Downing, dan juga pemain muda berbakat Adam Johnson, semuanya pernah menyarung jersi Middlesbrough.

Boro-Wigan-2007

Kebangkitan Di Bawah Aitor Karanka

Embed from Getty Images

Satu nama yang mungkin ramai pernah dengar. Beliau adalah pembantu Jose Mourinho ketika di Real Madrid. Beliau dilantik oleh Steve Gibson pada 2013.

Embed from Getty Images

Karanka menyelamatkan Middlesbrough dari tersingkir daripada Liga Championship. Pada musim berikutnya, Karanka hampir membantu Middlesbrough menang promosi ke Liga Perdana Inggeris namun tewas di tangan Norwich dalam final play-off.

Ada yang menggelar beliau klon kepada Mourinho kerana cara beliau bercakap dengan pemain serta sangat tegas bila melibatkan topik bolasepak.

Dari segi taktikal, Karanka mengakui pada awalnya, beliau bukanlah tactician yang bagus, namun hari demi hari beliau belajar dan terus belajar.

Karanka akhirnya tahu, bahawa beliau tidak perlu menjadi Mourinho dalam soal taktik, beliau perlu menjadi diri sendiri.

Karanka mula membawa masuk DNA bolasepak Sepanyol ke dalam pasukan Middlesbrough. Antara pemain penting beliau seperti Daniel Ayala dan Damia Albella. Beliau juga pernah meminjam Kike Sola.

Steve Gibson, Peter Kenyon Dan Pengstrukturan Semula

Steve Gibson ialah pemilik kelab ini sejak sekian lama. Gibson telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis di sini.

JS27819024

Gibson juga mengakui beliau banyak belajar daripada kesilapan lampau. Dalam bolasepak, pemain yang berkualiti bukanlah satu-satunya perkara penting dalam memastikan kelab terus bersaing.

Gibson akhirnya memutuskan beliau memerlukan seseorang yang pakar dalam membantu beliau. Ini kerana, beliau sudah letih bekerja dengan model dan struktur yang mereka miliki selama ini tetapi hasilnya teruk.

Gibson mahukan sesuatu yang baru dan beliau telah menghubungi rakan baik beliau selama 20 tahun, iaitu Peter Kenyon. Gibson telah menjalinkan kerjasama pro-aktif dengan bekas (CEO) Manchester United dan juga Chelsea itu.

peter-kenyon-middlesbrough_3035809

Daripada kerjasama dengan Kenyon, Gibson mengakui kelab tersebut mendapat banyak manfaat. Ini kerana Kenyon memiliki jaringan hubungan yang sangat luas dalam dunia bolasepak.

“Nama-nama yang ada dalam buku telefon (contacts) Peter tidak dapat anda bayangkan. Sesiapa sahaja akan mengangkat panggilan daripada beliau.”- Steve Gibson

Hasil kerjasama dengan Kenyon, Gibson berjaya memperbetulkan apa yang pincang selama ini.

Gibson akhirnya belajar sesuatu iaitu, dalam pengurusan bolasepak anda perlukan seseorang dari luar untuk memberikan pandangan mereka tentang struktur pengurusan anda.

Selepas bekerjasama dengan Kenyon, barulah Gibson belajar cara pengurusan bolasepak yang lebih baik dan lebih terdedah kepada bolasepak global.

Selama ini beliau silap kerana terlalu memikirkan soal kewangan mereka yang terhad membuatkan beliau ‘malu’ dan takut untuk menjelajah lebih jauh dan memencilkan diri.

Antara kata kunci terpenting diberitahu Kenyon adalah, pergi keluar sana dan cari sebanyak mana potensi dan peluang.

Ternyata Kenyon ada formula tersendiri untuk bekerja walaupun dengan budget terhad. Atas nasihat dan bantuan Kenyon juga, Middlesbrough mendapatkan khidmat Aitor Karanka sebagai pengurus baru mereka selepas kelab mereka dalam krisis prestasi.

Aitor-Karanka-Steve-Gibson-Middlesbrough_3035852

Kenyon juga telah membantu kelab tersebut menjalinkan hubungan yang baik dengan banyak kelab-kelab lebih besar di luar sana. Antaranya adalah dengan kelab Atletico Madrid. Kelab yang turut menggunakan kepakaran Kenyon dalam ‘merawat’ masalah kewangan mereka sebelum ini.

Kerjasama dan perhubungan di antara Middlesbrough dan Atletico membawa kepada penubuhan 2 akademi Middlesbrough di bandar Madrid itu. Boro juga menjalinkan hubungan pro-aktif dengan berberapa kelab lain.

Kenyon dan Gibson membuat langkah drastik dalam urusan perpindahan pemain dengan melantik ‘Super Agent’ Jorge Mendes sebagai penasihat dalam isu-isu perpindahan pemain. Ianya agak mustahil dilakukan tanpa pengaruh individu seperti Kenyon.

Jorge-Mendes

Perlantikan Mendes telah banyak membantu mereka dalam mendapatkan beberapa pemain yang berkualiti di pasaran perpindahan dengan status mereka yang hanya sebagai pasukan Liga Championship sebelum ini.

Jelas sekali, Aitor Karanka telah disokong oleh struktur yang lebih sistematik dan berdaya saing. Hasilya, Middlesbrough akhirnya berjaya memenangi promosi ke liga utama musim ini setelah menjadi naib juara Liga Championship.

33F5DCB900000578-0-image-a-26_1462734737469

Pra Musim 2016/17

Hasil daripada gabungan nama-nama di tersebut, Middlesbrough telah melakukan bisnes perpindahan yang lancar dan menarik setakat ini.

Mereka diaporkan sudah membelanjakan sekitar £19 juta dalam urusan perpindahan masuk pemain.

Pada Julai tahun lalu mereka membawa masuk bekas kapten mereka, Steward Downing dengan nilai perpindahan £5.5juta dengan tambahan bayaran £2 juta lagi jika Middlesbrough layak ke Liga Perdana musim 2016/17. Dan tugasan itu sudah pun diselesaikan.

Menjelang musim baru yang akan bermula, mereka sudah pun membuat pembelian beberapa nama-nama besar. Antranya adalah Alvaro Negredo yang dipinjam dari Valencia.

122014-Soccer-Valencia-Alvaro-Negredo-pi-ssm.vadapt.620.high_.0

Berikut adalah senarai pembelian mereka untuk jendela perpindahan musim panas 2016 setakat ini.

[table]
Pemain,Kelab Terdahulu,Nilai Perpindahan,
Negredo,Valencia,Pinjaman
Victor Valdez,Ejen Bebas,Percuma,
Gaston Ramirez,Southampton,Percuma,
Antonio Barragan,Valencia,£3.0 juta,
Bernardo Espinosa,Sporting Gijon,Percuma
Viktor Fischer,Ajax,£3.8 juta,
Brad Guzan,Aston Villa,Tidak Dinyatakan
Marten de Roon,Atalanta,Tidak Dinyatakan,
[/table]

Harapan Musim Baru

Ia adalah musim yang penting untuk Middlesbrough untuk kembali muncul dalam pentas selayaknya mereka berada iaitu Liga Perdana Inggeris.

Dengan persiapan yang rapi dibuat setakat ini, Middlesbrough adalah pasukan yang wajar diberikan perhatian. Ia bukanlah jaminan pasukan ini akan menjadi ‘Leicester City’ musim lalu.

Mereka sudah bersusah payah dan akhirnya berjaya untuk kembali semula ke Liga Perdana Inggeris. Apa yang boleh kita pelajari adalah, kewangan yang terhad bukan alasan untuk tidak keluar mencari peluang dan potensi.

Pada masa yang sama, jangan ego dengan kelemahan diri sendiri. Steve Gibson membuang ego beliau dan mendapatkan kepakaran daripada orang yang selayaknya.

Selamat Kembali Semula Boro!

Baca juga: Kad Merah Boleh Diberi Sebelum Perlawanan, EPL Ubah 12 Peraturan Bermula Musim 2016/2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN