Quantcast

BERITA

Hanya 6,000 Tiket Bermusim Sahaja Dijual Dalam Masa 3 Minggu- Adakah AC Milan Semakin Jauh Di Hati Penyokong?

Satu persoalan yang agak kejam dan mungkin pedih. Namun itulah yang berlaku kepada kelab lagenda AC Milan yang berdepan dengan isu penjualan tiket bermusim yang sangat rendah setakat ini.

Statistik Pembelian Tiket Merosot

AC Milan hanya mampu menjual tiket bermusim sebanyak 6,000 keping sahaja selepas 3 minggu jualan. Ia kemerosotan yang sangat teruk. Kurang 21,000 daripada yang mereka dapat musim lalu untuk tempoh jualan yang sama.

Pada musim lalu mereka berjaya menjual 27,000 keping tiket bermusim. Jadi, persoalannya, adakah penyokong AC Milan sudah bosan dengan kegagalan kelab tersebut untuk menyelesaikan permasalahan dalaman kelab mereka.

Kurang ‘Spark’ Di Bursa Perpindahan Pemain

Seterusnya adalah, AC Milan dilihat kurang kompetitif dalam pasaran perpindahan musim ini. Seteru mereka seperti Juventus, dan AS Roma sudah melakukan bisnes yang agak mengujakan.

Pembelian pemain-pemain baru terutamanya yang berprofail tinggi mampu membantu meningkatkan jualan tiket bermusim ini.

Namun, kem AC Milan agak sunyi kali ini walaupun dikaitkan dengan berberapa pemain-pemain yang cemerlang di Piala Eropah tempoh hari.

Perbelanjaan terbesar mereka kali ini, setakat ini adalah €7.65 juta untuk Lapadula dari Pescara.

AC Milan sudah pun melepaskan Stephen El Shaarawy ke AS Roma dengan nilai €11.5 juta.

Pemain seperti Carlos Bacca sudah diletakkan dalam senarai untuk dijual dengan harga 30 juta.

Ia adalah satu angka yang dianggap kurang realistik oleh AC Milan. Mereka masih menunggu potensi pembeli Bacca untuk mendapatkan pemain-pemain baru dalam pasaran perpindahan.

Berita terbaru yang kurang menyenangkan juga apabila AC Milan dilaporkan bersedia mendengar tawaran untuk Mattia De Sciglio. Ia adalah langkah untuk memberikan tambahan dana untuk pembelian pemain.

98452b6b13d99cdd6581fd65d91624c8-000_DV1760201

Protes Kepada Berlusconi?

Ada juga yang mengaitkan, kelembapan pembelian tiket adalah satu protes kepada Berlusconi yang disifatkan sudah tidak relevan untuk berada dalam organisasi teratas kelab tersebut.

Berberapa minggu yang lalu, penyokong-penyokong AC Milan penuh harapan menanti transisi pemilikan kelab oleh pemilik sebuah syarikat gergasi dari China. Namun sehingga ke hari ini, masih tidak ada perkembangan.

Berlusconi sudah berberapa kali menjanjikan akan ada pelaburan besar akan masuk ke akaun AC Milan, namun hingga ke hari ni, peminat mereka masih terus menunggu.

Apa Sasaran Kelab Ini Musim Baru?

Sesuatu yang kritikal juga untuk dibincangkan. AC Milan dilihat masih tidak menunjukkan aspirasi utama mereka untuk musim baru.

Mereka melakukan perubahan dengan membawa masuk tactician muda Montella sebagai pengurus. Namun selepas itu, perkembangan AC Milan seperti tahun tahun sebelum ini.

Melepaskan pemain yang dibida dengan harga yang dirasakan boleh diterima dan tidak mustahil, akan bergantung kepada bisnes pinjaman pemain seperti sebelum ini.

Boleh dikatakan, penyokong masih terlalu samar dengan sasaran dan aspirasi kelab ini pada musim akan datang. Pada masa yang sama mereka mahukan kelab ini kembali digeruni lawa, di peringkat domestik mahupun eropah.

Nampaknya, ia adalah tamparan yang hebat untuk pengurusan AC Milan pada kali ini jika masalah ini tidak ditangani. Mungkin AC Milan harus memikirkan soal publisiti yang lebih pragmatik untuk menarik lebih ramai penyokong mereka.

Baca juga: Presiden AC Milan Sahkan Penjualan Kelab!