4 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Dari Bundesliga

Nota editor: Artikel ini telah ditulis oleh salah seorang pembaca kami, Justine Pengiran Igai. Beliau mengharapkan bola sepak Malaysia dapat mencontohi aspek positif daripada Bundesliga dan memberi pengetahuan kepada pembaca lain.

Bundesliga telah banyak melahirkan pemain yang berkualiti dalam arena bolasepak. Selain daripada penyokong yang sangat fanatik & kreatif, Bundesliga juga memberikan atmosfera bolasepak yang berbeza dimana Malaysia juga boleh mencontohi apa yang dibuat di Bundesliga.

Walaupun tidak ramai peminat Bundesliga di Malaysia, namun sedikit sebanyak kita boleh belajar banyak benda dari liga juara dunia ini. Namun, adalah menjadi persoalan yang harus kita jawab.

Adakah dengan liga yang kaya raya, kita dapat membentuk pasukan kebangsaan yang mantap dan berkesan di peringkat antarabangsa?

Pembangunan belia tempatan

Fakta telah membuktikan bahawa Bundesliga mempunyai pembangunan belia antara yang terbaik di dunia. Hal ini dibuktikan dengan lahirnya bintang-bintang muda seperti Mario Gotze, Marco Reus, Mesut Ozil, Sami Khedira, Toni Kroos, Thomas Muller, Julian Draxler, Leroy Sane dan David Alaba.

Lebih menarik lagi pembangunan belia di Bundesliga memberikan impak kepada pasukan kebangsaan Jerman pada Piala Dunia 2014 yang lalu. Hal ini juga dibuktikan bila Bundesliga tidak dibanjiri pemain asing, pemilik asing dan lambakan hutang yang banyak.

Hutang

Akibat daripada kurangnya pemilik asing di Bundesliga, kelab-kelab di Bundesliga tiada mempunyai masalah kewangan yang teruk. Tidak seperti kelab-kelab di Eropah yang lain, mereka sanggup berhutang demi untuk mendapatkan pemain tanpa mengetengahkan ‘homegrown player’.

Hubungan antara kelab-kelab di Bundesliga adalah baik, ini dapat dibuktikan apabila Bayern Munich pernah membantu Borussia Dortmund dalam menyelesaikan masalah
kewangan.

Dan baru-baru ini Bayern Munich juga telah mengadakan perlawanan amal menentang SG Dynamo Dresden bagi membantu kelab divisyen 3 tersebut yang mempunyai masalah kewangan.

Baca: BAYERN MUNICH SELESAI MEMBAYAR HUTANG KOS PEMBINAAN ALLIANZ ARENA 16 TAHUN LEBIH AWAL

Dominan di Eropah

Pasukan Bundesliga sangat dominan di peringkat eropah. Contohnya bila kedua-dua pasukan dari Bundesliga final di UEFA Champion League pada tahun 2012. Bundesliga seringkali dilabel sebagi ‘one horse league’ oleh sesetengah pihak.

Namun tidak yang menyedari bahawa pasukan yang menjuarai Bundesliga sedekat yang lalu daripada lima pasukan yang berbeza. Lupakan Bayern Munich dan Borussia Dortmund! Pasukan seperti Bayer Leverkusen, Schalke 04 dan Wolfsburg juga merupakan antara pasukan elit di Bundesliga yang harus diberi perhatian.

Harga tiket yang murah

Walaupun tidak popular seperti Liga Perdana Inggeris, Bundesliga mempunyai kumpulan penyokong yang besar. Hal ini menjadikan Bundesliga menyediakan tiket termurah di eropah. Harga tiket yang mampu dimiliki, dan pelaburan yang berkesan untuk insfastruktur di stadium merupakan kelebihan Bundesliga.

Harga tiket yang murah menyebabkan ramai penonton datang ke stadium. Berdasarkan harga tiket penonton pada musim 2013/14, ternyata Bundesliga mementingkan kebajikan penonton daripada keuntungan sesetengah pihak berkepentingan.

dortmundfansarethebest

Berikut merupakan harga tiket Bundesliga dibandingkan dengan Liga Perdana Inggeris pada musim 2013/14:

1. Borussia Dortmund: £87

2. Arsenal: £985

3. Bayern Munich: £104

4. Man City: £299

5. Schalke: £150

6. Chelsea: £595

Anda mahu menulis tentang bola sepak? Tulis apa-apa sahaja pasal bola sepak dan hantar artikel tulisan anda ke [email protected]. Kami akan siarkan di laman web kami.

Baca juga: SURAT TERBUKA KEPADA MEDIA PRIMA DAN RTM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN