Zulhamizan Zakaria Ubah Angin Ke PDRM FA

Desas desus mengenai status bekas jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria akhirnya terlerai selepas beliau dilihat hadir bersama-sama pasukan PDRM dalam sesi latihan semalam.

Menurut laporan dari laman facebook ‘kelab penyokong bola sepak PDRM’, beliau telah mula turun  padang bersama-sama barisan kejurulatihan yang lain seperti Fauzi Pilus, Mubin Mokhtar dan Khalid Jamlus.

Beliau yang ketika dihubungi oleh Semuanya Bola nyata bersyukur dan gembira atas perlantikan sebagai Ketua Jurulatih PDRM FA bagi musim 2018.

Kredit: Media Kuantan FA

“Alhamdullillah, perpindahan ini adalah tepat pada masanya dan ada pasukan di sini yang masih percaya dengan idea dan falsafah bola sepak yang cuba saya terapkan sebelum ini,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Harapan beliau untuk musim 2018 ini ialah agar beliau dapat mencapai kejayaan bersama PDRM setelah terpaksa melupakan niat tersebut sebelum ini ekoran dari beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Dalam pada itu, memetik sumber dari Berita Harian, Zulhamizan menjelaskan beberapa bekas pemainnya ketika bersama Kuantan FA akan turut bersama PDRM musim depan.

Selain itu, beliau turut mengakui sedang menilai beberapa pemain import untuk memperkuatkan pasukan menjelang saingan liga yang semakin mencabar musim hadapan.

Aksi PDRM FA vs Kuantan FA

Wira pasukan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1992 ini memulakan tugas sebagai jurulatih  Kuantan FA pada pertengahan musim 2015 selepas pengendali asal, Aminuddin Husin “direhatkan” dan diganti oleh Syukri Ismail.

Pilihan pihak pengurusan Kuantan FA ternyata tepat apabila skuad ‘The Seagulls’  di bawah bimbingan Zulhamizan, berjaya mengekalkan kedudukan dalam saingan Liga Perdana untuk musim 2016 dan 2017.

Pada musim 2017, Kuantan FA menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ke sembilan dan akan beraksi buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana tahun depan.

Selain pernah bersama Kuantan FA, beliau turut mengetuai skuad Pahang dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja bagi musim 2016 dan berjaya membawa Pahang muncul juara selepas menewaskan PDRM dengan jaringan 6-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN