Zlatan: Jangan Bandingkan Saya Dengan Vela, Saya Adalah Ferrari, Mereka Semua Adalah Fiat

Zlatan Ibrahimovic dan sikap angkuhnya ketika bercakap, memang semua orang dah tahu. Terbaru beliau menembak wartawan yang diibaratkannya menghinanya apabila membandingkan beliau dengan Carlos Vela.

Zlatan Ibrahimovic pernah menggelarkannya dirinya ibarat ‘god’. Dan kini beliau menyatakan bahawa dirinya ibarat Ferrari yang berada di liga yang penuh dengan kereta Fiat.

Sebelum ini beliau menyifatkan dirinya bukan sahaja lebih bagus daripada Carlos Vela malah, lebih besar daripada satu liga MLS kerana ada 33 trofi major di dalam karier; sedangkan kesemua pasukan di MLS kalau dicampur pun tidak mampu menandingi angka itu.

Sebelum aksi El Trafico – aksi derbi antara LA Galaxy denga LAFC Zlatan menyatakan: “Saya ibarat Ferrari yang berada di kalangan Fiat.”

Ketika wartawan menyatakan bahawa Carlos Vela jauh meninggalkan statistik beliau dengan 19 gol dan 12 assist setakat ini, Zlatan menegaskan:

“Ianya kerana beliau [Vela] berada di kemuncak prestasi [peak], berapa umur beliau? Carlos Vela bermain di MLS pada ketika beliau di kemuncak prestasi. Di mana saya pada usia 29 tahun?”

Wartawan menjawab: “Di Eropah.”

Zlatan dengan senyuman mengingatkan: “Tepat sekali, jauh bezanya itu.”

Komen Zlatan Ibrahimovic itu membuatkan ramai penyokong LAFC dan peminat Carlos Vela marah.

Dalam aksi di antara LA Galaxy dan LAFC, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut yang berkesudahan LA Galaxy menang 3-2.

Selepas tamat perlawanan, beliau sekali lagi menyatakan bahawa beliau kecewa dibandingkan dengan Carlos Vela.

https://twitter.com/BanterFC5/status/1152429683943923712

Zlatan kemudian berkata: “Saya tidak bekerja keras sepanjang karier dan datang ke MLS untuk dibandingkan dengan Carlos Vela. Media [AS] membuat kesilapan besar.”

“Kamu jangan sesekali membandingkan Ferrari dengan Fiat. Dan malam ini saya butikan bahawa saya pemain terbaik di dalam liga ini.”

Carlos Vela memberikan respon kepada komen Zlatan Ibrahimovic. Vela berpendapat, secara statistik, beliau jauh di hadapan Zlatan.

Vela berkata: “Nampaknya Zlatan seperti terhina kerana dibandingkan dengan saya. Namun buat masa ini, dari segi statistik – tidak kisah pasal usia – saya lebih baik daripada Zlatan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN