Zlatan Ibrahimovich Tolak Perpindahan Ke EPL Untuk Sertai ‘Kelab Istimewa’

Zlatan Ibrahimovic dilaporkan telah menolak tawaran untuk kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai sebuah kelab istimewa’ dihati beliau.

Menurut laporan Fox Sports, kelab istimewa tersebut harus kembali memenangi kejuaraan selepas lama menyepi selaku pencabar utama di saingan Serie A Itali.

Laporan oleh Telegraph pula merujuk kelab yang dimaksudkan itu ialah AC Milan, dengan perjanjian telah pun dipersetujui diantara pemain tersebut dan pihak kelab untuk perpindahan pada Januari hadapan.

Bekas penyerang Manchester United berusia 38 tahun itu telah menarik perhatian beberapa kelab EPL selepas meninggalkan LA Galaxy di Major League Soccer (MLS).

Zlatan adalah antara bintang Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho diantara 2016 sehingga 2018.

Perjanjian untuk Ibrahimovic ke San Siro dikatakan telah dipersetujui secara lisan, dengan kontrak sehingga ke penghujung musim 2019/20 untuk membantu Milan memberikan cabaran di Serie A.

Bekas pemain antarabangsa Sweden ini melalui kempen yang menakjubkan di England apabila tampil dengan 28 gol untuk membantu Manchester United muncul juara Liga Eropah (UEL) dan Piala Carabao.

Bagaimanapun kecederaan lutut yang teruk memaksa beliau berehat panjang sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat – tetapi pemain ini sememangnya sentiasa mendapat perhatian kelab-kelab di Eropah kerana kemampuan beliau.

Perpindahan Ibrahimovich ke Milan bukan perkara yang mengejutkan. Pemain itu pernah beraksi bersama kelab tersebut sebelum ini, dan membantu Milan merangkul kejuraan Serie A pada musim 2010/11.

Tidak syak lagi, AC Milan kini adalah pilihan utama untuk mendapatkan khidmat Ibrahimovic selepas destinasi seterusnya pemain ini sentiasa menjadi topik perbualan hangat peminatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN