Zlatan Ibrahimovic Ucap Selamat Tinggal Buat LA Galaxy

Zlatan Ibrahimovic

Penyerang veteran kelahiran Sweden, Zlatan Ibrahimovic sah bakal meninggalkan kelab Major League Soccer (MLS), LA Galaxy sebaik sahaja kontraknya bersama kelab tersebut tamat pada bulan hadapan.

Sebelum ini terdapat spekulasi yang mengatakan pemain berusia 38 tahun itu akan menandatangani kontrak lanjutan tetapi dengan ‘posting’ terbaharunya di laman sosial rasmi milik beliau awal pagi tadi menoktahkan segalanya.

Seperti kebiasaan dengan cara yang sentiasa menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia, Zlatan Ibrahimovic mengucapkan terima kasih dengan begitu bersahaja.

”Saya datang, saya lihat, saya takluk.”

”Terima kasih LA Galaxy kerana membuatkan saya berasa seperti hidup semula.”

”Kepada penyokong [LA] Galaxy – anda mahukan Zlatan, saya berikan kepada anda Zlatan.”

Tanpa perlu menerima ucapan terima kasih dari penyokong, Zlatan kemudiannya berkata: “Sama-sama. Kisah ini akan terus bersambung. Sekarang, anda [penyokong LA Galaxy] boleh sambung menyaksikan perlawanan besbol.”

Menurut sumber Goal, LA Galaxy turut mengesahkan bahawa pihak kelab tersebut dan Zlatan sudah mencapai persetujuan untuk ‘saling berpisah’.

Zlatan Ibrahimovic menyertai LA Galaxy pada Mac 2018 selepas beliau memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal ketika bersama Manchester United.

Musim pertamanya di Amerika Syarikat menyaksikan beliau menjaringkan 22 gol bagi meletakkan sebagai penjaring kedua terbanyak di belakang pemain Atlanta United, Josef Martinez.

Musim ini juga beliau sekali lagi di tempat kedua setelah mencetak 30 gol, hanya kekurangan empat jaringan di belakang penjaring terbanyak dari Los Angeles FC, Carlos Vela.

Kredit foto: Zlatan Ibrahimovic

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN