Kelibat bekas penyerang Inter Milan, Adriano pada satu ketika pernah mencuri tumpuan dunia dengan kombinasi ledakan berbisa, kepantasan larian, kekuatan luar biasa serta mempunyai gerak kaki yang bagitu lincah.
Nama beliau juga pasti mengingatkan anda terhadap permainan video Pro Evolution Soccer (PES) 6 yang dikeluarkan pada tahun 2006 apabila kekuatan rembatannya telah ditetapkan buatnya adalah ’99’.
Remember this guy? ? @A10imperador definitely had #ThePowerofFootball. ? pic.twitter.com/s2Nz3Vl3O6
— eFootball PES (from ?) (@officialpes) August 24, 2018
Meskipun sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita mendengar berita kurang baik mengenai beliau, namun apa yang telah dipamerkan oleh pemilik nama penuh Adriano Leite Ribeiro ini ketika beraksi tidak wajar untuk dipandang sepi.
Perkara itu turut diakui bekas rakan sepasukannya, Zlatan Ibrahimovic yang mengakui Adriano adalah antara pemain paling berbakat pernah bergandingan bersamanya.
”Saya bermain dengan pemain yang saya lihat bakatnya sungguh…wow. Tetapi seorang yang saya rasakan mampu melakukannya dengan lebih lama tetapi dia tidak melakukannya, adalah Adriano.”
”Ketika saya datang ke Inter Milan, perkara pertama yang saya katakan kepada Presiden adalah saya bahawa saya menuntut dia supaya kekal untuk saya dapat bermain bersamanya [Adriano] kerana dia adalah pemain yang saya ingin beraksi bersamanya.”
”Dia sangat ‘liar’. Dia boleh melepaskan rembatan dari mana-mana sudut.”
”Tiada pemain yang dapat melakukan bentesan terhadapnya, tiada pemain berupaya merampas bola daripadanya. Dia memang sangat ‘liar’,” ujar Zlatan bercakap kepada SportBible.
Kedua-dua penyerang berbisa itu bergandingan bersama pada musim 2006/07 selepas Zlatan menyertai Inter Milan dari Juventus.
Antara kejayaan manis dalam karier profesional Adriano adalah membantu Inter Milan menjuarai saingan Serie A bagi empat musim berturut-turut bermula musim 2005/06. Selain itu, beliau dan Inter Milan turut menjuarai Coppa Italia bagi musim 2004/05 dan 2005/06.
Di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan Brazil, Adriano pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan pemain terbaik Piala Konfederasi 2006 yang menyaksikan Brazil muncul juara selepas menundukkan Argentina dengan keputusan 4-1.
Lebih manis, anak kelahiran Rio De Janeiro itu turut menjaringkan dua gol ketika berdepan musuh tradisi tersebut.
Kredit foto: Claudio Villa I Getty Images