Zlatan Ibrahimovic telah menandatangani kontrak selama setahun untuk kembali menyertai Manchester United. Demikianlah pengumuman yang dibuat oleh kelab itu sebentar tadi.
Penyerang berusia 35 tahun daripada Sweden ini tampil sebanyak 46 kali dan menjaringkan 28 gol untuk United pada musim lepas.
Bagaimanapun Ibrahimovic dilepaskan oleh kelab berkenaan pada penghujung bulan Jun selepas kecederaan lutut yang dialaminya pada April lalu.
Selepas menjalani proses pemulihan, Ibrahimovic dijangka akan cergas sepenuhnya untuk beraksi pada Disember akan datang.
“Selepas apa yang dilakukan oleh Ibrhimovic kepada pasukan pada musim lalu, maka beliau selayaknya mendapat kepercayaan daripada pihak kelab. Kami akan bersabar dengan proses pemulihannya,” ujar Mourinho.
Zlatan Ibrahimovic menyertai skuad Red Devils secara perpindahan percuma pada Julai 2016, menjalani proses pemulihan di Pusat Latihan Carrington selepas menjalani pembedahan pada lututnya.
Mourinho menambah: “Kami gembira melihat Zlatan sedang ke arah pemulihan dan kami juga gembira kerana Zlatan mengandalkan cita-cita dan pengalamannya untuk Manchester United.”
“Saya tidak punyai keraguan bahawa Zlatan akan menjadi pemain penting pada separuh kedua musim ini.”
Dua buah kelab yang berpengkalan di Major League Soccer dan berpusat di Los Angeles, LA Galaxy dan juga Los Angeles FC dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Zlatan.
Namun kehendak Zlatan Ibrahimovic sangat jelas.
“Ia adalah keputusan dari saya dan ditambah dengan hasrat daripada kelab untuk saya kekal di sini.”
“Saya sudah tidak sabar untuk beraksi di Old Trafford. Tetapi saya juga sedar ia mengambil masa untuk memastikan saya bernar-benar sudah bersedia.”
“Saya telah bekerja keras dan akan terus melakukan sedemikian untuk memastikan saya berada dalam keadaan terbaik ketika mulai kembali beraksi di padang,” jelas Ibrahimovic.
#Zlat10 pic.twitter.com/jnjJHnLJy4
— Manchester United (@ManUtd) August 24, 2017
Ibrahimovic melakukan debut profesional beliau bersama Malmo pada 1999 sebelum menyertai Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan juga PSG. Ibrahimovic memenangi piala di setiap musim sejak 2001, termasuk 13 kejuaraan liga di kelab yang disertainya.
Beliau bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Sweden gagal mara di kejohanan Euro 2016, menjaringkan 62 gol dari 116 penampilan antarabangsa.
Senarai kejuaraan yang telah dimenangi oleh Zlatan Ibrahimovic:
Ajax: Eredivisie (2001-02, 2003-04), Dutch Cup (2002) Dutch Super Cup (2003)
Juventus: Serie A (2004-05, 2005-06) *Juve later stripped of titles
Inter: Serie A (2006-07, 2007-08, 2008-09) Italian Super Cup (2006, 2008)
Barcelona: La Liga (2009-10), Spanish Super Cup (2009, 2010), Uefa Super Cup (2009), Fifa Club World Cup (2009)
AC Milan: Serie A (2010-11) Italian Super Cup (2011)
PSG: Ligue 1 (2012-13, 2013-14, 2014-15, 2015-16), French Cup (2015, 2016), League Cup (2014, 2015, 2016) French Super Cup (2013, 2014, 2015)
Man Utd: Community Shield (2016), League Cup (2016-17), Europa League (2016-17)
Sumber:
1. Rob Dawson, ESPN FC (2017): Manchester United announce return of Zlatan Ibrahimovic on one-year deal; http://www.espnfc.com/story/3186754/manchester-united-announce-return-of-zlatan-ibrahimovic-on-one-year-deal
2. Marcus Christenson, The Guardian (2017): Zlatan Ibrahimovic rejoins Manchester United and signs a one-year contract ; https://www.theguardian.com/football/2017/aug/24/zlatan-ibrahimovic-signs-manchester-united