Manchester United mengesahkan Zlatan Ibrahimovic tidak akan kekal bersama kelab berkenaan selepas kontrak penyerang antarabangsa Sweden itu tamat pada penghujung bulan ini.
United menolak untuk mengambil pilihan menawarkan kontrak selama setahun lagi untuk penyerang veteran berkenaan.
Ibrahimovic mengalami kecederaan ACL ketika saingan peringkat suku akhir UEFA Europa League menentang Anderlecht.
Beliau dijangka akan pulih sepenuhnya pada awal Januari 2018 setelah berjaya menjalani pembedahan bersama doktor pakar di Amerika Syarikat pada bulan lalu.
Zlatan Ibrahimovic melalui satu musim yang cemerlang bersama Manchester United. Beliau telah menjaringkan 28 gol daripada 46 penampilan sejak menyertai mereka daripada PSG pada permulaan musim.
Ejen pemain berkenaan, Mino Raiola mendakwa pemain tersebut ingin kekal di Old Trafford pada bulan lalu. Namun kini United kelihatan seperti ingin meneruskan musim akan datang tanpa Ibrahimovic.
Jika kecederaan Ibrahimovic menunjukkan perkembangan postif, tidak mustahil United menawarkan baru sebelum beliau terikat dengan mana-mana kelab.
Setelah melepaskan Ibrahimovic, tumpuan Jose Mourinho dan Ed Woodward pastinya tertumpu kepada penyerang Real Madrid, Alvaro Morata.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang persetujuan membabitkan Real Madrid dan Manchester united.
Laporan di Britain melaporkan United masih lagi dalam peringkat rundingan dengan Real Madrid dan sebarang pengumunan tidak rasmi yang bukan dari kelab dianggap sebagai khabar angin semata-mata.
United juga tidak dibenarkan menghubungi Morata selagi belum ada persetujuan membabitkan nilai perpindahan yang ditetapkan oleh kedua-dua kelab.
Real Madrid menilai Morata pada harga £78 juta dan dilaporkan telah menolak tawaran berjumlah £52.4 dari United awal bulan ini.
Morata kembali ke Madrid selepas kelab asal beliau itu membawanya kembali menggunakan klausa pembelian kembali dengan nilai £30 juta dari Juventus pada musim lalu.
No contract at @ManUtd – we've great fans, but still no cash: BUT YOU CAN WIN @bundesliga_de for 1st time 🎉 Think about it @Ibra_official pic.twitter.com/4mx0rEmMXr
— Hertha BSC (@HerthaBSC) June 9, 2017
Pada masa yang sama, Hertha Berlin cuba membuat bidaan nakal melalui media sosial Twitter kepada Zlatan Ibrahimovic untuk menyertai mereka.
Bagaimanapun, Ibrahimovic harus menerima potongan gaji jauh lebih kurang daripada nilai £19 juta yang diterimanya di Old Trafford.