Ibrahimovic Dan Mings Didapati Bersalah, Bakal Terima Hukuman

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Zlatan Ibrahimovic dan Mings telah didapati bersalah melakukan kekasaran yang boleh mencederakan/memudaratkan dalam perlawanan sabtu lalu.

Dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 di Old Trafford, Tyrone Mings memijak kepala Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-44. Pengadil perlawanan tidak mengesan insiden tersebut.

Zlatan Ibrahimovic pula telah menyiku Tyrone Mings pada separuh masa kedua. Ia juga tidak dikesan oleh pengadil perlawanan.

Kedua-dua pemain menyatakan mereka tidak sengaja melakukan kekasaran tersebut.

Mings menyatakan ianya tidak sengaja dan beliau tidak pernah sesekali terfikir untuk melakukan perkara seperti itu.

Manakala Ibrahimovic pula berkata, Mings yang telah menuju siku beliau ketika dia sedang melompat.

Kesalahan itu telah dirakamkan dalam footage video yang menjadi bukti kepada pengadilan selepas perlawanan oleh FA.

FA berpendapat Tyrone Mings sepatutnya menerima tindakan yang lebih berat ketika itu. Manakala Zlatan Ibrahimovic pula tidak dikenakan sebarang tindakan.

Selepas pengadilan video selepas perlawanan, FA mendapati kedua-dua pemain ini bersalah. Jenis hukuman retrospektif akan diumumkan selepas 7 Mac.

Ini kerana kedua-dua pemain masih boleh mencabar keputusan pengadilan tersebut pada tarikh tersebut sebelum pukul 6 petang.

Insiden off ball itu telah diadili oleh 3 pengadil elit bebas. 3 pengadil tersebut berpendapat kedua-dua pemain harus dibuang padang kerana kesalahan mereka.

Biasanya pemain akan dihukum gantung 3 perlawanan. Namun kesalahan Mings mungkin akan membuatkan pemain itu digantung sehingga 6 perlawanan.

Ini bermakna Ibrahimovic akan terlepas perlawanan domestik termasuk separuh akhir Piala FA menentang Chelsea, perlawanan EPL menentang Middlesbrough dan West Brom.

Baca juga: Asal Usul Dan Konsep Hat-Trick Dalam Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN