Zinedine Zidane Tidak Akan Ke Chelsea Sekiranya Kelab Gagal Pertahankan Eden Hazard

Zidane

Menurut pandangan penganalisis bola sepak ESPN, Alejandro Moreno, sekiranya Chelsea gagal untuk mempertahankan Hazard di Stamford Bridge, Zinedine Zidane dilaporkan tidak akan menerima pelawaan Chelsea untuk menjadi pengurus The Blues.

Sejak akhir-akhir ini, media antarabangsa menghangatkan spekulasi mengenai Chelsea yang dilaporkan sedang dalam perancangan untuk mendapatkan bekas pengurus Real Madrid itu sebagai pengganti kepada Maurizio Sarri.

Akhbar Britain – The Sun, sebelum ini melaporkan Sarri kini diambang ‘pemecatan’ selepas pihak pengurusan kelab sudah mula hilang kepercayaan terhadap beliau. Kekalahan 6-0 keatas Manchester City menyaksikan kelab itu jatuh ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris(EPL). 

Tanpa Hazard

“Tidak, saya rasa Zidane tidak akan melatih Chelsea,” kata Moreno.

Moreno menguatkan lagi kenyataan itu dengan mengaitkannya mengenai masa depan Eden Hazard bersama Chelsea.

Menurutnya, Zidane sama sekali tidak akan memilih Chelsea sekirannya kelab itu gagal mempertahankan Hazard untuk terus kekal di Stamford Bridge.

Hazard kini berada dalam 18 bulan terakhir kontraknya dan pemain itu sebelum ini telah memberi bayangan untuk meninggalkan Chelsea dan berhijrah ke Real Madrid pada musim hadapan.

“Jika saya adalah Zinedine Zidane, maka saya akan merevolusikan pasukan ini [Chelsea]. Saya akan mencari siapa pemain terbaik yang ada pada ketika ini.”

“Pemain terbaik mereka saat ini adalah Eden Hazard, namun persoalannya disini, apakah dia akan kekal di sana [Stamford Bridge] pada ketika Zidane mengambil alih tugas sebagai pengurus ?”

“Jadi mengapa Zidane perlu melatih pasukan ini, padahal pemain terbaik mereka sudah pergi.” kata Moreno.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN