Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane percaya bahawa bekas rakan sepasukannya, Raul Gonzalez pasti akan membimbing Los Blancos pada satu masa nanti.
Raul yang merupakan antara legenda Real Madrid berjaya mencetak 323 jaringan dalam 741 penampilannya bersama kelab tersebut sekitar tahun 1994 hingga 2010.
”Saya bermain bersamanya [Raul Gonzalez] dan dia merupakan pemain yang sangat penting buat pasukan hebat ini [merujuk kepada Real Madrid].”
”Saya pasti dia akan membimbing Real Madrid pada satu hari nanti.”
Perkara tersebut nyata tidak mustahil untuk direalisasikan kerana Raul kini merupakan jurulatih bagi skuad Real Madrid Castilla sejak Jun lalu.
Skuad bimbingan jurulatih berusia 42 tahun itu kini menghuni tangga ke-10 Liga Segunda B kumpulan 1 selepas mengumpul 14 mata hasil tiga kemenangan, lima keputusan seri dan dua kekalahan.
Sepanjang beraksi bersama Real Madrid, Raul telah memenangi 16 kejuaraan besar antaranya enam trofi La Liga serta tiga kali menjuarai saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Kredit foto: AS