Zinedine Zidane, Definisi Perancang Agung Dalam Bola Sepak

Zinedine Zidane lahir pada 23 Jun 1972 di Marseille. Dia merupakan kanak kanak yang lahir daripada keluarga yang serba kekurangan dan daif.

Namun bakat bolasepak beliau telah menjadi perhatian penduduk tempatan dan kerap bermain dengan golongan yang jauh lebih tua dan besar.a

Pada usia sepuluh beliau menyertai skuad bola sepak junior di AS Saint-Henri. Perkembangan beliau menarik perhatian berberapa kelab dan akademi lain. Beliau berpindah ke kelab yang lebih besar iaitu SO Septembes.

Cannes

Zidane membuat debut liga remaja di Cannes dan dianggap terlalu ‘besar’ untuk kejohanan terebut yang disertai pasukan remaja.

Pada usia 17 tahun beliau memperlihatkan kelas yang amat luar biasa berbanding pemain lain yang sebaya dengan beliau.

July 1991, France — Zinedine Zidane playing for AS Cannes, his first professional team. — Image by © Marc Francotte/TempSport/Corbis

Namun jurulatih beliau pernah menyatakan, Zidane pada awalnya bukanlah pemain yang bijak. Zidane lebih kepada hebat secara fizikal dan teknikal.

Jurulatih beliau membantu Zidane memperbaiki kemahiran berfikir di dalam padang serta meningkatkan kecerdasan beliau dengan mengkaji lebih dalam soal kecerdasan dalam bermain.

Zidane diarahkan untuk membaca lebih banyak bahan bacaan. Beliau akhirnya banyak membaca dan mengkaji tentang taktikal bola sepak.

Zidane pernah meminta bantuan ahli psikologi untuk memperkuatkan mental beliau yang ada sedikit simptom rendah diri.

Ini kerana status sosial beliau yang berasal dari keluarga susah berbanding pemain dan rakan beliau yang lain yang serba serbi lengkap.

Ke Bordeaux

Pada tahun 1992 beliau menyertai Bordeaux, dan beliau mengakui ia adalah tempat yang paling banyak membantu beliau dari segi psikologi serta permainan.

Aksi luar biasa beliau membuatkan beliau menhadi perhatian kelab gergasi Eropah termasuk Juventus. Pada 1995 pengurus Blackburn, Kenny Dalglish pernah mengusulkan kepada pemilik kelab untuk mendapatkan Zidane.

Namun Jack Walker (Chairman & Owner) menyatakan :

“Kenapa nak beli Zidane apabila kita ada Tim Sherwood”

Menyertai Juventus

Pada tahun 1996 beliau berpindah ke kelab gergasi Itali, Juventus. Pada ketika itu, Serie A adalah liga yang dianggap terbaik di dunia.

Zidane bukanlah terus mendapat tempat di dalam pasikan utama. Ini kerana Juventus skuad yang sarat dengan bakat.
Berbulan-bulan lamanya beliau cuba memecah masuk ke dalam kesebelasan utama.

Secara progresif dan perlahan lahan Zidane terus menjadi pemain utama pasukan Juventus. Beliau membantu Old Lady menjuarai 2 Serie A bersama Buffon dan Del Pierro.

Pada musim terakhir di Juve beliau cuma mampu membantu Juve menjadi naib Juara. Juve tersingkir daripada peringkat kumpulan dalam UCL dan Zidane dibuang padang kerana menanduk (headbutt) pemain Hamburg, Jochen Kientz.

Piala Dunia 1998

Piala Dunia yang awalnya digelar Piala Dunia Ronaldo. Tetapi akhirnya dirampas Zidane untuk menjadi Piala Dunia Zidane.

Piala Dunia 1998 dihoskan oleh negara beliau, Perancis. Zidane menjadi pemain tuan rumah yang menjadi tumpuan bersama bintang lain termasuk Djorkaef , Trazeguet ,Thuram , Deschamp, Dessaily dan ramai lagi.

Zidane membantu Perancis mara sehingga ke perlawanan akhir. Ia adalah kali pertama Perancis layak ke perlawanan akhir Piala Dunia.

Dari awal lagi Zidane cemerlang membantu pasukan beliau. Perhatian lebih kepada Brazil dan Perancis dianggap pasukan bukan pilihan di pentas final.

Pada minit ke 27 minit, Zinedine Zidane melakukan gol pertama Perancis dengan tandukan.

Disiplin menjaringkan gol paling jarang dilakukan Zidane. Beliau sekali lagi melakukan gol melalui tandukan sebelum tamat separuh masa.

Ia adalah gol menerusi tandukan, 1 dari kanan dan 1 dari kiri. Perancis menewaskan Brazil 3-0 dan menjulang Piala Dunia pertama dalam sejarah mereka di hadapan lagenda dan pemain terbaik sepanjang zaman mereka, Michel Platini.

https://www.youtube.com/watch?v=B3ATnmXFooM

Pada 1998 juga beliau diaugerahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA dan Pemenang Ballon D’Or.

Euro 2000

Pada tahun 2000 Perancis sekali lagi menjuarai kejuaraan major menewaskan gergasi Eropah Itali.

Sekaligus menyimpan trofi Piala Dunia dan Eropah dalam satu kabinet. Ia digelar major double dalam bola sepak dunia.

Era Real Madrid 2001

Beliau meninggalkan Juventus untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan perpindahan rekod Dunia pada ketika itu sekitar £45.6 juta.

Antara aksi istimewa Zidane ialah membantu Real mara ke final liga juara juara pada 2002 menentang Leverkusen. Beliau menjaringkan gol kemenangan cantik. Real menang 2-1 ke atas Bayern Leverkusen.

Pada musim 2002/2003 Zidane membantu Real menjuarai La Liga. Zidane telah sekali lagi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA buat kali ketiga.

Pada tahun 2004, peminat telah mengundi beliau sebagai pemain bola sepak Eropah yang terbaik dalam 50 tahun di semasa UEFA Golden Jubilee Poll.

Beliau menghabiskan masa lima musim bersama Madrid dan dia adalah seorang arkitek di dalam padang dan sentiasa menunjukkan komitmen tertinggi dalam padang.

Walaupun Madrid tidak menang, Zidane akan sentiasa mengucapkan terima kasih kepada penyokong di dalam padang dengan gesture.

Pada awal musim 2005/2006, Zidane mengumumkan ia sebagai musim terakhir beliau di Real Madrid.

Pada musim terakhir di Real beliau gagal memenangi sebarang kejuaraan. Namun pada perlawanan terakhir di kelab tersebut, logo khas dicipta pada jersi Real dengan tulisan ” ZIDANE 2001–2006″ di bawah logo kelab.

Piala Dunia 2006

Pada Piala Dunia 2006, Zidane menarik persaraan beliau dan kembali bermain untuk pasukan kebangsaan untuk kali terakhir.

Zidane membantu pasukan Perancis menewaskan gergasi dunia seperti Portugal, Sepanyol dan Brazil untuk mara ke final menentang Italy.

Zidane hadir ke pentas final sebgai pemain terbaik dalam kejohanan 2006 setakat ini. Perancis tewas pada final kejohanan tersebut dan Zidane terlibat dengan insiden menghantuk Materazzi. Zidane dibuang padang.

Selamanya lagenda, Zinedine Zidane!

Walaupun beliau mengakhiri karier dengan publisiti yang salah namun ia tidak mampu menggugat reputasi beliau sebagai gentleman of football.

Zidane mengakui dia bersalah kerana gagal mengawal emosi dan bertindak balas ganas ke atas Materazzi yang didakwa Zidane memprovokasi dengan menggunakan isu keluarga beliau.

Zidane tetap lagenda. Ada satu skil yangg dinamakan sempena tempat kelahiran beliau iaitu Marseille Roullete. Ia juga disebut Zidane turn/Zidane Roullete.

Skil yang paling digemari Zidane. Dia adalah contoh special player yang sentiasa ada magis. Sentiasa berjuang untuk penyokong. Pemain yang boleh mengubah nasib pasukan.

Siapa akan lupa era Zidane-Ronaldo dalam bola sepak?

Kini beliau menjadi pengurus di Bernabeau selepas beberapa tahun menjadi pembantu pengurus. Beliau sudah menjuarai beberapa kejuaraan besar sebagai pengurus. 2 kejohanan UCL, 1 Kejohanan Kelab Dunia dan 1 La Liga.

Antara kejayaan Zidane dalam arena bola sepak adalah:

Perancis

FIFA World Cup: Juara (1998), Naib Juara (2006)
EURO: 2001

Bordeaux

UEFA Intertoto Cup: 1995

Juventus

Serie A: 1996–97, 1997–98

Supercoppa Italiana: 1997
UEFA Champions League
UEFA Super Cup: 1996
Intercontinental Cup: 1996
UEFA Intertoto Cup: 1999

Real Madrid

La Liga: 2002–03
Runner-up: 2004–05, 2005–06
Supercopa de España: 2001, 2003
Copa del Rey Runner-up: 2001–02, 2003–04
UEFA Champions League: 2001–02
UEFA Super Cup: 2002
Intercontinental Cup: 2002

Dan terlalu banyak anugerah individu untuk disenaraikan di sini.

Zidane Adalah Lagenda Sebenar!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN