Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dilaporkan mahu menambah seorang lagi bek tengah berkualiti selepas mendapatkan Eder Militao.
Zidane dalam sidang media beliau mengesahkan; sudah pastinya akan ada perubahan dilakukan dan beliau tahu apa yang perlu dicakapkan kepada Florentino Perez.
Sebelum ini laporan di Sepanyol menyatakan Raphael Varane mungkin akan meninggalkan kelab tersebut. Varane masih belum menyatakan komitmen beliaau kepada Real Madrid untuk tempoh lebih panjang.
Walaubagaimanapun Zidane yakin Varane akan kekal di kelab tersebut.
Matthijs De Ligt adalah bek tengah yang menjadi sasaran banyak kelab besar. Barcelona dilaporkan sudah menghantar wakil mereka berberapa minggu lalu untuk mendapatkan bek tengah Ajax tersebut.
De Ligt menjadi nadi penting Ajax dalam membantu pasukan tersebut mara ke separuh akhir UCL pada musim ini. Ajax turut menyingkirkan pasukan Real Madrid dalam peringkat kalah mati – diikuti Juventus pada suku akhir.
Real Madrid sedar, bukan mudah untuk mendapatkan De Ligt, lebih-lebih lagi seteru utama mereka Barcelona juga inginkan pemain tersbut.
De Ligt juga ada memberikan bayangan bahawa beliau mungkin akan mengikut jejak langkah rakannya – Frenkie De Jong yang sah menyertai Barcelona.
Pengurusan Ajax juga terbuka dalam mendengar tawaran ke atas pemain mereka. Ini kerana agak mustahil untuk menghalang para pemain mereka pergi kel kelab elit Eropah yang lain.
Real Madrid dijangka akan melakukan rombakan skuad besar-besaran pada pra musim ini. Beberapa nama pemain lain turut dalam senarai sasaran mereka termasuk Eden Hazard dan Sadio Mane.