Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane pada hari ini telah memanggil media untuk tujuan sidang akhbar. Tiada sebarang pengumuman dari pihak Real Madrid, mahupun Zidane sebelum itu.
Kemudiannya, media digemparkan bahawa Zidane sah meninggalkan juara eropah, Real Madrid hanya selepas lima hari membantu gergasi Sepanyol itu menjuarai kejuaraan eropah ke-13 dalam sejarah kelab itu.
Zidane mengambil alih jawatan pengurus di Estadio Santiagi Bernabeu pada Januari 2016, mengambil alih tugas daripada Rafael Benitez setelah sebelum itu membimbing skuad Castilla.
Pada musim pertama berhelar pengurus skuad utama, Los Blancos menewaskan Atletico Madrid melalui penentuan sepakan penalti untuk muncul juara UEFA Champions League (UCL), walaupun hanya membimbing skuad itu selama 6 bulan.
Musim berikutnya, Zidane terus cemerlang bersama Real Madrid apabila menewaskan Juventus di perlawanan akhir dalam pertandingan yang sama.
Kemenangan ke atas Liverpool pada awal pagi Ahad lalu adalah kejuaraan eropah ketiga berturut-turut dan Zinedine Zidane ketika bergelar pengurus.
Zidane sebenarnya masih di bawah kontrak sehingga 2020 bersama juara eropah tersebut. Setelah membantu Real Madrid bangkit dari permulaan di kempen domestik yang suram, ura-ura Zidane akan meninggalkan Los Blancos dianggap mengarut setelah menewaskan Liverpool 3-1 di Kiev.
Namun demikian Zidane menganggap ini adalah masa yang sesuai untuk mengucap selamat tinggal kepada Bernabeu. Apatah lagi selepas kejayaan di pentas tertinggi bola sepak Eropah.
Ditemani oleh Presiden Real Madrid, Florentino Perez, bekas kapten Perancis itu berkata:
“Saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tugas bersama Real Madrid pada musim hadapan. Untuk saya, dan semua orang, saya berpendapat penting untuk melakukan perubahan.”
“Ia bukan keputusan yang mudah. Saya sayangkan kelab ini, dan saya juga menghormati Presiden.”
“Presiden ini telah memberikan peluang kepada saya sebagai pemain. Dan kinini sebagai pengurus. Saya amat bersyukur untuk itu. Namun kita perlukan perubahan.”
Setelah pengumuman yang dianggap mengejutkan oleh Zidane, kini tiba masanya Real Madrid memburu pengurus baharu.
Antara nama yang menjadi sebutan ialah pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino; bekas pengengdali Arsenal,Arsene Wenger; dan pengurus Napoli musim lalu, Maurizio Sarri.