Pengurus Real Madrid mengatakan beliau tidak pasti sama ada Eden Hazard mampu untuk kembali beraksi sebelum musim ini berakhir selah mengalami kecederaan serius pada buku lalinya pada minggu lepas.
Pemain tersebut meninggalkan padang dalam keadaan kesakitan ketika Real Madrid tewas 1-0 kepada Levante dalam perlawanan La Liga.
Real Madrid boss Zinedine Zidane is unsure whether injured forward Eden Hazard will play again this season.
Hazard, 29, who joined Real from Chelsea in June in an initial deal worth £89m, suffered a fractured ankle during his side's 1-0 La Liga loss https://t.co/LLxe08Y9yj pic.twitter.com/Ue3yL2LNZ0— FactPrint (@fact_print) February 26, 2020
Pemain antarabangsa Belgium itu sebelum ini telah pun direhatkan hampir tiga bulan juga disebabkan kecederaan buku lali dan hanya sempat bermain dalam dua perlawanan sahaja sejak kembali beraksi.
“Saya tidak pasti jika musimnya telah berakhir, saya tidak tahu. Tetapi saya harap tidak,” kata Zidane dalam sidang media pada Rabu sebelum aksi peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City.
Hazard menyertai Real Madrid ada awal musim ini sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo dengan nilai €100 juta tetapi kecederaan yang melanda bekas pemain Chelsea itu telah menghadkan penampilannya yang setakat ini hanya beraksi dalam 15 perlawanan dan cuma menjaringkan satu gol.
The ice pack on the right ankle – the one that kept him out for almost 3 months. Zidane to confirm that Eden Hazard is a serious doubt for Man City on Wednesday and the Clasico next week? pic.twitter.com/XAXth0ta79
— Kristof Terreur (@kristofterreur) February 22, 2020
“Saya sendiri tidak pasti sekiranya dia memerlukan pembedahan, itu bukan bidang saya. Saya boleh lihat dia memang tidak gembira. Ianya penting untuk kekal positif, tetapi sudah tentu ianya sukar,” tambah Zidane.
“Ianya saat yang mendukacitakan buatnya. Sudah tentu tidak muda untuk beliau melaluinya ketika ini.”