Zidane Sudah Tolak Lamaran Real Madrid, Mourinho Jadi Calon Pilihan Presiden

Zinedine Zidane telah menolak tawaran untuk kembali mengendalikan Real Madrid. Itulah pendedahan yang diberikan oleh bekas Presiden, Ramon Calderon seperti yang dilaporkan oleh BBC.

Zidane mengejutkan dunia bola sepak apabila bertindak meletak jawatan di Santiago Bernabeu selepas membantu Los Blancos menjuarai gelaran UEFA Champions League ketiga secara berturut-turut.

Calderon melalui satu temu ramah bersama BBC Radio 5 Live berkata: “Saya tahu bahawa pada pagi tadi [semalam], presiden [Florentino Perez] telah menghubungi Zidane untuk kembali. Zidane berkata bukan sekarang.

. (Photo by fotopress/Getty Images)

“Ini bermakna Zidane mungkin masih terbuka untuk kembali pada June akan datang.”

Sejak melepaskan jawatan pengurus Real Madrid, bekas kapten Perancis itu tidak menyertai mana-mana pasukan walaupun dikaitkan dengan kelab Inggeris seperti Manchester United dan Chelsea sebelum ini.

Mourinho juga pilihan

Calderon turut mendedahkan bekas pengendali Manchester United dan Chelsea, Jose Mourinho – yang pernah bergelar pengendali Real Madrid diantara 2010 sehingga 2013- adalah pilihan utama untuk menggantikan Santiagio Solari.

Namun demikian Calderon berpendapat Perez melakukan kesilapan besar sekiranya meneruskan perlantikan Mourinho.

“Pilihan pertama oleh presiden sentiasa adalah [Jose] Mourinho,” ujar Calderon.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

“Masalahnya siapakah yang akan mengendalikan kelab ini di pejabat? Mereka bercakap mengenai kemungkinan diantara Zidane dan Mourinho – yang merupakan dua jurulatih dengan idea mengenai bola sepak yang berbeza.

“Perkara ini berlaku kerana kita mempunyai presiden sebegini. Pada pendapat saya tidak ada faedah untuk membawa Mourinho kembali. Apa sahaja yang dilakukan sekarang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN