Zidane Pujuk Ronaldo, Mahukan Pemain Itu Terus Kekal Di Real Madrid

Keputusan Cristiano Ronaldo untuk meninggalkan Real Madrid amat memberikan kesan kepada ramai pihak.

Keputusan beliau untuk pergi telah membuatkan pengurus beliau iaitu Zinedine Zidane bertindak pantas untuk memastikan pemainnya itu tidak pergi dari ibu negara Sepanyol itu.

Zidane dikatakan telah menelefon Ronaldo untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai situasi yang menimpa pemain sayap Portugal itu.

Pesanan yang diberikan oleh Zidane kepada Ronaldo adalah jelas, beliau mahukan Ronaldo di dalam skuad Real Madrid sebagai tunjang kepada pasukan.

Beliau bukan sahaja akan menjadi pemain yang akan memberikan jaringan gol kepada pasukan tetapi akan menjadi pemain yang akan terus menyumbangkan mentaliti seorang juara untuk membantu Real Madrid memperoleh lebih banyak kejuaraan.

Gambar: Goal

Zidane dikatakan akan sentiasa berusaha untuk memastikan Ronaldo kekal di Real Madrid sehingga musim baharu bermula.

Walaupun begitu, beliau juga tetap punya had. Jika kehendak Ronaldo tetap mahu tinggalkan kelab tersebut, tiada apa yang boleh dilakukan oleh Zidane melainkan melepaskan pemain tersebut.

Sergio Ramos juga serius dalam membantu Ronaldo untuk terus selesa di Madrid walaupun dilayan tidak baik oleh pihak kerajaan Sepanyol.

Ramos juga pernah mengalami masalah untuk tinggalkan Real Madrid satu ketika dahulu, namun keputusan untuk kekal di Real Madrid nyata keputusan yang terbaik buat Ramos.

Sumber: 

  1. MARCA – English (2017): Zidane to Crisitiano Ronaldo: We need you; http://www.marca.com/en/football/real-madrid/2017/06/18/594587c5268e3ee03f8b45a6.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN