Zidane Nafi Bersikap Biadap, Dedahkan Gareth Bale Sendiri Enggan Bermain Kerana Mahu Pindah

Zinedine Zidane menafikan bahawa beliau kurang ajar dan tidak menghormati Gareth Bale selepas komen; jika pemain itu pergi lebih cepat, ianya lebih bagus.

Komen Zidane itu membuatkan ejen Gareth Bale, Jonathan Barnett bengang dan menuduh Zidane memalukan dan tidak menghormati lagsung pemain seperti Bale yang sudah banyak berjasa kepada Real Madrid.

Terbaru, Zinedine Zidane mendedahkan bahawa Gareth Bale sendiri yang menolak untuk bermain dalam aksi pra musim menentang Bayern Munich – di mana skuad mereka tewas 1-3.

Bale enggan bermain kerana mahu menguruskan perpindahan beliau. Zidane memberitahu wartawan: “Saya cuba sedaya upata untuk berterus-terang tentang keadaan Gareth Bale.”

“Pertamanya, saya tidak ada langsung rasa tak menghormati sesiapa, termasuk kesemua pemain yang saya layan dengan perkara yang sama. Pemain-pemain adalah perkara yang paling penting dan sebab itulah saya sentiasa ada bersama mereka.”

“Keduanya, kelab ini berusaha untuk mengeluarkan beliau. Itu sudah lama [saya jelaskan].”

“Ketiga, hari berikutnya, Gareth Bale tidak bermain kerana beliau tak mahu bermain. Beliau berkata, beliau kecewa kerana mendengar kelab cuba untuk menguruskan perpindahan keluar beliau. Dan sebab itulah beliau tidak mahu bermain.”

“Sehingga saat ini, Bale masih belum meminta untuk bermain dalam aksi [persahabatan] esok.”

“Kamu [wartawan] berterusan membangkitkan perkara ini dengan bertanyakan situasi terkini. Tiada apa yang berubah hari ini. Beliau tetap akan pergi berlatih dan kelab melakukan apa yang sepatutnya.”

“Beliau akan berlatih seperti biasa dan kita tengoklah apa yang akan berlaku esok.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN