Zidane Kini Sayangkan Bale

Selalunya menjelang jendela perpindahan pemain Zidane akan memberitahu bahawa Gareth Bale adalah untuk dijual.

Namun kisahnya berbeza pada kali ini apabila Zinedine Zidane menegaskan bahawa beliau berharap pemain itu akan terus kekal.

Malah Zinedine Zidane mengakui bahawa Gareth Bale merupakan antara pemain yang beliau sangat harapkan.

Real Madrid kini dalam kedudukan mendahului carta liga. Mereka sedar tugas itu bukannya mudah untuk terus kekal konsisten bagi terus menjarakkan diri dengan pasukan Barcelona.

Penyerang sayap antarabangsa Wales, Gareth Bale telah dikaitkan dengan rumors mahu kembali ke Tottenham Hotspur, tetapi Zidane menyatakan bahawa Bale masih dalam perancangannya musim ini.

“Gareth ada bersama kami, saya tidak memikirkan kemungkinan seperti itu [Bale keluar]. Saya kini berharap kepada dia.”

Kenyataan Zinedine Zidane itu memberikan gambaran bahawa pemain itu akan memainkan peranan penting dalam perlawanan derbi Madrid.

Zidane berkata: “Terdapat 25 pemain di sini, dan yang bagusnya adalah mereka semua boleh terlibat,” jawab Zidane.

“Mereka yang bermain haruslah memberikan segalanya di padang dan itulah yang paling penting.”

“Seterusnya, saya yang memilih siapa yang bakal turun beraksi, kerana saya adalah jurulatih.”

“Oleh kerana terdapat 25 pemain untuk dipilih, sukar untuk memanggil 18 pemain.

“Satu-satunya perkara yang saya mahukan ialah para pemain sentiasa fokus dan bersedia.”

“Apa yang kita lakukan adalah kerja, kita bekerja dengan baik,” kata Zidane.

“Apa yang kita lakukan pada setiap hari akan kita ditunjukkan di padang.”

“Kerja setiap orang adalah perkara yang paling penting, terutama sekali ketika bertahan. Dan ditambah dengan kualiti serangan yang kita ada untuk memenangi perlawanan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN