Zidane Kembali Semula Ke Real Madrid, Hazard Dan Eriksen Kembali Dalam Radar?

Menurut laporan oleh Guillem Balague di Sepanyol; Zinedine Zidane dilaporkan sudah bersetuju untuk kembali menguruskan Real Madrid hanya selepas 10 bulan meninggalkan kelab tersebut.

Zidane akan menggantikan Santiago Solari yang menjadi pengurus Real Madrid kurang 5 bulan.

Situasi di Real Madrid sekarang, mereka tersingkir dalam 3 persaingan kejuaraan dalam masa seminggu pada minggu lalu. Real 12 mata di belakang Barcelona dalam carta liga.

Solari tewas dalam 2 el clasico berturut-turut diikuit disingkirkan Ajax daripada UCL meskipun ada 2 gol tempat lawan dibawa daripada perlawanan pertama.

Zidane sebelum ini meninggalkan Real Madrid selepas kejayaan membantu Real Madrid menjulang UCL secara hatrik. Beliau digantikan dengan Julen Lopetegui yang ketika itu terpaksa melepaskan jawatan beliau daripada pasukan Sepanyol yang baru mahu memulakan kempen Piala Dunia.

4 bula kemudian, Lopetegui dipecat oleh Real Madrid dan digantikan oleh Santiago Solari. Selepas aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan awal beliau, Solari ditawarkan kontrak tetap kerana di Sepanyol, interim tidak boleh menggalas tugas lebih 2 minggu.

Real Madrid kemudian bergelut sekali lagi dan membawa kepada usaha untuk membawa pulang Zinedine Zidane.

Pengumuman rasmi tentang perkara ini dijangka akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Zidane pastinya banyak kerja untuk dilakukan. Ramos dilaporkan sudah tidak sehaluan dengan presiden Real Madrid – Florentino Perez. Zidane juga tiada Ronaldo lagi di dalam pasukannya.

Yang ada adalah Gareth Bale, pemain yang dilaporkan tidak begitu sehaluan dengan beliau sebelum ini. Adakah Bale akan menjadi pemain penting Zidane?

Undian oleh Marca mendapati 92% penyokong Real Madrid merasakan Bale patut dilepaskan.

Yang gembira pastinya Isco. Ini kerana Isco mendapat salah satu aksi terbaik dalam karier ketika bersama Zidane.

Kehadiran Zidane kali ini dikatakan akan memakan belanja besar dalam pasaran perpindahan. Zidane dijangka akan mengintai kembali Eden Hazard dan Christian Eriksen.

Sebelum ini Zidane tidak diberikan dana besar untuk berbelanja oleh Perez kerana perubahan polisi kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN