Zinedine Zidane menyatakan beliau tidak dapat berbuat apa apa tentang undian pusingan kalah mati UCL.
Real Madrid sudah pun layak ke pusingan kalah mati sebelum perlawanan terakhir mereka berhadapan dengan Club Brugge pada aksi terakhir peringkat kumpulan. Dan Real Madrid cemerlang menang 3-1 dalam aksi tersebut.
Tumpuan seterusnya adalah kepada majlis undian untuk pusingan seterusnya pada Isnin akan datang.
Real Madrid menamatkan saingan kumpulan A di tangga kedua. Dibezakan 5 mata daripada juara kumpulan iaitu, Paris St Germain.
Ini bermakna, ada potensi untuk Real Madrid diundi berhadapan dengan pasukan Liverpool. Pasukan yang mereka tewaskan 2 tahun lalu di final.
Ditanya komen beliau tentang undian, jika Real Madrid dijadualkan berhadapan dengan Liverpool, Zidane menyatakan pasukan mereka akan menyingkirkan Liverpool daripada UCL kali ini.
Zidane berkata: “Jika kami diundi berhadapan dengan Liverpool, kami akan singkirkan mereka,” tegas Zidane sambil tersenyum.
The Real Madrid boss is full of confidence 🔥🔥
— GOAL News (@GoalNews) December 12, 2019
“Kami sebenarnya tidak ada kuasa untuk mengawal undian tersebut.”
Zidane kemudian menegaskan beliau gembira dengan prestasi pasukannya pada ketika ini yang menunjukkan banyak peningkatan.
“Kami gembira dengan kemenangan hari ini dan cara kami bermain. Kami ada masa yang sukar dalam permainan kami kerana mereka biasanya bermain dengan 5 pertahanan. Tetapi hari ini mereka bermain dengan 4 pertahanan.”
“Kami mengambil masa sekitar 10-15 minit untuk melakukan beberapa perubahan. Dan pada separuh masa kedua kami beraksi lebih baik di semua kawasan.”