Thierry Henry: “Desakan Sesetengah Pihak Untuk Zidane Dipecat Adalah Mengarut”

Bagaimana musim Real Madrid pada ketika ini pada pandangan anda?

Adakah ianya baik? Atau tidak mencapai standard sebagai pasukan elit Eropah?

Musim lalu sememangnya cukup baik buat Real Madrid kendalian Zinedine Zidane. Namun pada musim ini, kejayaan musim lalu agak sukar untuk diulang semula musim ini.

Kredibiliti Zidane sebagai pengurus kini mula dipersoal ramai pihak.

Persoalan itu semakin memuncak selepas Real Madrid tumbang 0-3 di tangan Barcelona pada aksi El Clasico di laman sendiri tempoh hari.

Ada yang mula mahukan Zidane untuk disingkirkan daripada jawatan pengurus, namun ianya bukan sesuatu yang perlu Real Madrid lakukan ketika ini.

Bekas pemain Barcelona, Theirry Henry menganggap tindakan sesetengah pihak yang mahukan Zidane dipecat itu adalah mengarut.

“Bagi saya, untuk meminta agar Zidane dipecat selepas apa yang beliau telah lakukan adalah satu permintaan yang mengarut.”

Zidane & Henry ketika beraksi untuk skuad Perancis pada 2006.

Henry berasakan Zidane patut diberi masa untuk “berehat dan bernafas” selepas apa yang beliau telah berikan kepada pasukan.

“Rasanya tidak salah untuk Zidane bertenang sebentar untuk bernafas dari apa yang beliau telah lakukan untuk Real Madrid.”

“Beliau telah lakukan hasil kerja yang cukup baik.”

Sejak mengambil alih pasukan daripada Rafael Benitez, Zidane telah berjaya membantu Real Madrid untuk menjadi pasukan pertama yang memperoleh gelaran UEFA Champions League secara berturut-turut.

(Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Beliau juga telah berjaya menjadikan Casemiro sebagai antara pemain yang cukup penting buat pasukan beliau.

Walaupun apa sahaja yang dikecapi oleh Zidane pada musim lalu, beliau harus mengekalkan kecemerlangan itu pada musim ini.

Hal ini kerana, citarasa pengurusan tertinggi Real Madrid amat tinggi. Jika anda gagal berikan piala, maka ke pintu keluarlah anda tuju.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN