Zidane Dilihat Berada Di Sekitar Pejabat Man Utd Di London

Zinedine Zidane dikatakan berada di sekitar pejabat Manchester United di London. Apa beliau lakukan di situ?

Bekas bintang Perancis dan legenda Real Madrid tersebut sering dikaitkan dengan jawatan pengurus di Old Trafford untuk menggantikan Jose Mourinho.

Perkhabaran itu semakin kencang akhir-akhir ini dengan Mourinho dilaporkan mempunyai hubungan yang semakin retak dengan pemain-pemain senior di Old Trafford.


Semalam tular sebuah video memaparkan pertengkaran mulut di antara pengendali dari Portugal itu dengan Paul Pogba, yang dikatakan memohon untuk perpindahan ke Barcelona.

Situasi tegang di antara Pogba dan Mourinho tersebut berlaku kurang 24 selepas United tewas kepada Derby County melalui penentuan sepakan penalti di pertandingan Piala Carabao.

Tatkala semua fokus terarah kepada isu yang menyelubungi masa hadapan Pogba dan Mourinhi. Zidane dan isteri beliau, Veronique berada di London dalam keadaan yang sangat santai.

 

View this post on Instagram

 

London ❤️

A post shared by zidane (@zidane) on


ESPN melaporkan pada mulanya kedua-dua pasangan itu dilihat berada di Oxford Street berdekatan Selfridges.

Zidane dan isteri kemudiannya dilihat berada di Haymarket, sambil bergambar dengan pondok telefon berwarna merah ikonik di Picadilly Circus.

Kebetulan atau tidak, kedua-dua lokasi tersebut berada sangat hampir dengan pejabat Manchester United di London yang terletak di kawasan elit, Mayfair.

 

View this post on Instagram

 

London❤️???

A post shared by zidane (@zidane) on

Adakah ianya kebetulan untuk Zidane berada di sana?

Zidane sebenarnya tiba di London pada awal minggu untuk menghadiri majlis The Best FIFA pada Isnin. Tetapi ia juga mungkin peluang terbaik buat Ed Woodward berbincang dengan bekas pengendali Real Madrid itu untuk perancangan masa depan.

Sebelum ini Zidane pernah dipetik sebagai berkata mahu kembali ke pengurusan bola sepak secepat mungkin.

Krisis demi krisis yang hadir di Old Trafford mungkin akan terus mengundang pelbagai spekulasi mengenai Zidane.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN