Zidane Dibenarkan Jual Gareth Bale, Dan Cuba Membawa Masuk Mbappe

Zinedine Zidane pastinya aktif berbelanja dalam jendela perpindahan kali ini untuk memperbaiki pasukan Real Madrid – agar kembali mendakap La Liga yang didominasi Barcelona sejak akhir-akhir ini.

Florentino Perez dilaporkan memberikan kebebasan kepada Zinedine Zidane untuk menjual pemain yang ada dalam pasukan. Sebelum ini kuasa Zidane agak terhad kerana ada beberapa pemain tidak boleh dijual tanpa persetujuan Perez.

Antara pemain yang diberikan kebenaran oleh Perez untuk dijual ialah Gareth Bale. Zidane pada beberapa hari lalu menyatakan beliau tidak menggunakan Gareth Bale kerana faktor taktikal.

Selain itu, Zidane juga kecewa dengan prestasi Bale yang gagal menepati harapan mereka. Bale awalnya dibawa masuk ke Real Madrid sebagai transisi sistematik kepada Cristiano Ronaldo.

Namun selepas beberapa musim di Real Madrid, pemain itu masih gagal menunjukkan kualiti yang diharapkan dan kerap mengalami kecederaan.

Dalam perkembangan yang lain, Perez dilaporkan setuju untuk memberikan dana sehingga €600 juta untuk dibelanjakan oleh Zidane pada kali ini.

Lantas, Zidane dikatakan cuba untuk memancing Kylian Mbappe ke Real Madrid.

Mbappe

Baru-baru ini, pemain muda itu menyatakan beliau mahukan cabaran baharu dan tanggungjawab lebih berat selepas ini. Mbappe tidak menolak kemungkinan beliau akan beraksi di kelab lain pada musim akan datang.

Mbappe berkata: “Sudah tiba masanya saya mahu lebih bertanggungjawab selepas ini, sama ada di sini [PSG] ataupun di luar sana [kelab lain].”

Selepas itu Unai Emery juga mendedahkan bahawa Mbappe pernah berhasrat ke Real Madrid. Namun Unai Emery dan pegawai PSG memujuk pemain itu untuk memilih PSG.

Bintang Chelsea, Eden Hazard, antara nama yang bakal diumumkan sebagai pemain baharu Real Madrid selepas tamat final UEL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN