Zidane Cemas Ronaldo Alami Kecederaan Sebelum Hadapi Final Liga Juara-Juara Eropah

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane melahirkan kebimbangan selepas bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Barcelona, awal pagi tadi.

Bagaimanapun beliau yakin Ronaldo akan kembali cergas untuk menghadapi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool.

Ronaldo diasak keras ketika menjaringkan gol penyamaan Real pada minit ke-14 di Camp Nou. Bagaimanapun, penyerang itu meneruskan permainan sehingga tamat separuh masa pertama tetapi direhatkan pada babak kedua.

Real akhirnya seri 2-2 tanpa Ronaldo dengan Gareth Bale menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-72 selepas gerakan solo hebat Lionel Messi meletakkan Barca yang beraksi dengan 10 pemain mendahului lawan.

Sergi Roberto dibuang padang pada penghujung separuh masa pertama selepas Luis Suarez menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-9 dalam aksi sengit Clasico itu.

Kecederaan Ronaldo itu meresahkan pemain dan penyokong Real dengan bintang Portugal itu bertarung dengan masa untuk pulih menjelang final Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada 26 Mei ini.

“Berapa lama masa diperlukan untuk pulih saya tak dapat beritahu tetapi itu adalah masalah kecil,” kata Zidane kepada wartawan.

“Tunggu esok selepas ujian dilakukan, kita perlu menilai tahap kecederaannya. Ronaldo sedikit risau melihatkan buku lalinya agak bengkak tetapi menurutnya ia hanyalah kecederaan kecil.”

Keputusan seri itu bermakna skuad Ernesto Valverde kini hanya tiga perlawanan lagi untuk mencipta sejarah dengan menjadi kelab pertama menamatkan 38 perlawanan musim La Liga tanpa kalah.

“Sudah pasti kecewa jika kalah kepada Real atau mana-masa pasukan lain,” kata Valverde. “Saya fikir kami satu-satunya pasukan yang belum kalah dalam liga utama Eropah dan itu salah satu faktor yang mendorong kami untuk mengekalkannya.”

Jaringan Bale adalah yang ke-15 daripada 24 perlawanan tahun ini dan pemain Wales itu berharap prestasinya itu membolehkan dia dapat beraksi di Kiev menentang Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN