Zidane: “Saya Tak Boleh Bayangkan Keadaan La Liga Tanpa Barcelona”

Sejak berzaman-zaman, isu antara wilayah Catalonia dengan kerajaan Sepanyol menjadi perkara yang sinonim di negara tersebut.

Gerakan ingin membebaskan wilayah tersebut daripada menjadi sebahagian negara Sepanyol telah dilakukan cuma ia belum lagi memberikan hasil.

Kesan ini pastinya memberikan pelbagai kesan kepada ekonomi dan sosio-budaya Catalonia serta Sepanyol itu sendiri.

Tetapi, ia juga akan memberikan kesan kepada sukan juga.

Semestinya jika Catalonia keluar daripada Sepanyol, secara teknikalnya Barcelona tidak boleh bermain di saingan La Liga bukan?

Andai itu terjadi, pastinya pasangan kepada permusuhan El Clasico itu akan dihalang daripada beraksi dalam saingan domestik Sepanyol dengan pihak Perancis memberikan pertimbangan untuk menerima pasukan itu untuk beraksi di Ligue 1.

Namun begitu, Zinedine Zidane merasakan tanpa Barcelona akan hilang seri La Liga itu.

Sebagai individu yang sudah sebati dengan permusuhan terulung Sepanyol ini, beliau merasakan yang La Liga akan menjadi suram tanpa kehadiran pasukan Catalan itu.

Zidane merupakan individu yang sudah biasa dengan rencah El Clasico sejak era sebagai pemain Real Madrid lagi.

“Sebagai manusia yang meminati bola sepak, saya tak boleh bayang melihat La Liga tanpa Barcelona.”

Zidane nyata berharap agar pemisahan wilayah Catalonia dari Sepanyol tidak menjadi kenyataan.

“Saya sentiasa lihat dalam La Liga itu ada Barcelona, itu saja. Saya harap mereka tidak meninggalkan Sepanyol.”

Sumber:

  1. Sport-English (2017): Zidane: “I can’t imagine a Spanish league without Barça”; http://www.sport-english.com/en/news/real-madrid/zidane-i-cant-imagine-a-spanish-league-without-barca-6273045

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN