Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dilaporkan bakal menjadi pencabar Manchester United untuk mendapatkan khidmat Zinedine Zidane bagi menggantikan Niko Kovac berikutan permulaan hambar pada musim ini.
Juara Bundesliga itu kelihatan memerlukan jurulatih baharu setelah hanya berada di tempat keenam selepas tujuh perlawanan di bawah kendalian Kovac.
Stesen radio Perancis, RMC Sport turut melaporkan Zidane berpotensi untuk menggantikan Kovac kerana ketika ini dia tidak terikat dengan mana-mana kelab setelah meninggalkan Real Madrid pada musim panas lalu.
Zinedine Zidane 'lined up by Bayern Munich' as Man United face competition for ex-Real Madrid boss https://t.co/aVBMGKccN8 pic.twitter.com/WhWTvcwxE6
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 9, 2018
Namanya menjadi pilihan berikutan kejayaannya memimpin Los Blancos menjulang trofi Liga Juara-juara buat kali ketiga berturut-turut.
Bagaimanapun, pemain tengah Bayern, Thiago Alcantara menafikan laporan itu dan menganggap ia hanyalah sebuah khabar angin yang tidak tahu datang dari mana.
“Ia hanya satu khabar angin. Satu spekulasi. Terdapat ramai pemain veteran dalam skuad Bayern dan kami tahu bagaimana untuk mengendalikan situasi ini.
“Kami cuba untuk bekerja bagi mengubah situasi dan mara ke depan.
Thiago on Zidane to Bayern Munich to Cadena Ser: "It's just rumours. Rumours are rumours." #FCBayern
— Ronan Murphy (@swearimnotpaul) October 10, 2018
“Kami harus bekerja keras dengan apa yang kami miliki ketika ini. Menimbulkan spekulasi mengenai masa akan datang tidak akan memberikan apa-apa,” katanya.
Thiago mengakui pasukannya memulakan musim dengan cemerlang selepas Kovac menggantikan tempat Jupp Heynckes tetapi dia tetap menerima bahawa juara bertahan itu harus meningkatkan prestasi menjelang aksi berdepan Wolfsburg, 20 Oktober nanti.
“Kami memulakan musim dengan baik, memenangi tujuh rasmi awal. Selepas aksi antarabangsa September lalu, kami kembali dan skuad tampak penat.
“Kami cuba mendapatkan keputusan tetapi dibolosi selepas 10 minit. Ia seperti satu mimpi ngeri dan segalanya terus menjadi buruk.
Manchester United may be forced into making a decision on José Mourinho's future amid interest from Bayern Munich in Zinedine Zidane. (Source: Daily Mirror) pic.twitter.com/4BoLVTzC30
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 10, 2018
Sejak itu, kami berada dalam situasi memulihkan diri. Kami perlu bertenang untuk kembali ke prestasi terbaik. Kemudian, hanya dua minggu akan berlalu.
“Di Bayern, terdapat satu tradisi hebat di mana kami bersatu dengan keluarga selepas perlawanan di dalam bilik dan meraikan kemenangan. Sebab itu amat menyakitkan apabila tewas.
“Kami mahu memulihkan perasaan itu, bukan hanya untuk pemain tetapi buat penyokong dan keluarga. Di atas padang, kami adalah haiwan yang berjuang dan inginkan kemenangan,” jelasnya.