Zidane Akui Tetap Tidak Akan Turunkan Bale Walaupun Boleh Lakukan Empat Pertukaran

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane berkata Gareth Bale mempunyai masalah sikap, menyebabkan pemain itu tidak mendapat peluang beraksi dalam perlawanan berkemungkinan yang terakhir bagi pemain tersebut ketika pasukannya ditewaskan Real Betis 2-0.

Los Blancos menamatkan musim ini dengan kekecewaan, namun Bale langsung tidak mendapat peluang untuk beraksi, walaupun berada di dalam senarai pemain simpanan. Pemain itu terus menghala ke terowong pemain sebaik sahaja wisel penamat ditiup.

(Photo by fotopress/Getty Images)

Zidane akui tidak bagi peluang

Walaupun ejen kepada Bale, Jonathan Barnett pernah memberitahu ESPN sebelum ini bahawa klien beliau itu akan terus berpegang kepada kontrak sehingga 2022, Zidane berkata hasil dari padang latihan oleh pemain tersebut menyebabkan beliau tidak layak untuk mendapat peluang beraksi.

“Ia benar bahawa saya tidak memberikan peluang kepada Bale dalam perlawanan ini,” ujar Zidane.

“Malah jika saya memiliki satu lagi pertukaran pemain, saya tetap tidak akan menurunkan Bale.

MADRID, SPAIN – MAY 19: Gareth Bale of Real Madrid looks on from the substitute bench before the La Liga match between Real Madrid CF and Real Betis Balompie at Estadio Santiago Bernabeu on May 19, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

“Saya harus melakukan penilaian setiap hari dan membuat keputusan, Jika ada paekara yang saya tidak suka lihat, maka saya perlu melakukan apa yang dirasakan sesuai. Ia munkin sukar buat beliau.

“Kita tidak boleh memadam apa yang telah dilakukan oleh Bale untuk Real Madrid selama ini. Tetapi pada masa yang sama saya harus melihat hakikat dan keperluan semasa dan masa depan kelab.

“Kita harus lihat dan tunggu sama ada Bale akan kekal. Sejujurnya saya tidak tahu apa yang akan berlaku kemudian.

Navas perolehi peluang

Berbeza dengan Bale, penjaga gol, Keylor Navas yang turut dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Santiago Bernabeu diberikan peluang oleh Zidane untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.

Navas mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir dengan melambai ke arah setiap empat penjuru stadium, setelah beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan lawan – untuk memastikan jaringan kekal relevan walaupun tewas.

“Saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku,” jawab Zidane mengenai masa depan Navas. “Saya ulangi sekali lagi, maaf, saya tidak tahu.

MADRID, SPAIN – MAY 19: Keylor Navas of Real Madrid salutes fans at the end of the La Liga match between Real Madrid CF and Real Betis Balompie at Estadio Santiago Bernabeu on May 19, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

“Keylor [Navas] beraksi dengan baik hari ini. Penyokong juga gembira. Tahun hadapan, kita akan lihat lagi selepas kita menamatkan musim.

Madrid menamatkan musim ini dengan 68 mata — jumlah kutipan terendah direkodkan sejak 2001/02 — dan ketinggalan dengan perbezaan mata tertinggi berbanding Barcelona sepanjang sejarah La Liga.

18 kekalahan dalam semua pertandingan juga adalah yang tertinggi oleh skuad Los Blancos sejak musim 1995/96.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN