Legenda Brazil – Zico agak kecewa kerana memang tidak berada di dalam senarai 10 teratas dalam Ballon d’Or. Ini kerana bagi Zico – Neymar adalah pemain luar biasa – setaraf dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Jadi legenda Brazil itu berpendapat Neymar selayaknya memakai jersi no.10 yang menjadi simbol bintang utama dalam skuad Brazil dan di kelabnya.
Nombor 10 Brazil yang baru
Zico berasa gembira kerana di bawah kendalian Thomas Tuchel Neymar lebih banyak beraksi di peranan nombor 10. Bagi Zico, no.10 adalah posisi terbaik Neymar. Namun pemain itu bermain di sayap kiri termasuk ketika di Brazil.
Zico berkata: “Neymar kerap tidak diberikan peranan terbaik beliau ketika di dalam pasukan. Di PSG beliau diberikan no.10 hanya kerana untuk nombor itu sangat bermakna bagi seorang pemain Brazil.”
“Mungkin hanya seorang legenda Brazil yang pernah menolak untuk memakai no.10 iaitu Romario. Di mana beliau mahu memakai no.11. Mana-mana penyerang handalan akan memilih untuk menggunakan no.10. Ini kerana ia menjadi simbol kepada nama besar yang bermain untuk sesuatu kelab. Dan kelab sendiri sedar akan perkara itu.”
“Jadi jersi nombor 10 itu ada ‘beratnya’ tersendiri – ia bukan sahaja menjadi simbol kehebatan di dalam kelab malah di dalam pasukan Brazil. Ia adalah simbol seseorang itu bintang pasukan sebab itu beliau menerima no.10.”
“Saya fikir Neymar berada dalam keadaan ini – di mana beliau ada tekanan yang lebih. Setiap pemain hebat akan lebih menonjol dalam kemenangan dan lebih tertekan ketika menghadapi kekalahan.”
“Tetapi beliau adalah seorang pemain yang luar biasa. Neymar mempunyai bakat seperti beberapa bintang bola sepak dunia yang lain. Saya meletakkan Neymar pada taraf yang sama dengan Cristiano Ronaldo dan Messi. ”
“Nombor 10 bukan jersi pasukan Brazil, tetapi ia adalah jersi Pele. Pemain bola sepak terbesar di dunia ini. Dan ini adalah masalahnya sekarang.”
Zico berharap Neymar tidak terlalu tertekan dengan bebanan yang diletakkan peminat apabila menyarung jersi no.10 itu.
“Tekanan akan dihadapi Neymar di mana, semua orang berfikir bahawa siapa yang memakai nombor 10 harus melakukan apa yang dilakukan Pele! Ia adalah tekanan yang membuatkan semua pemain kecut.”
“Oleh itu jangan terbawa-bawa dengan perkara ini, atau cuba membandingkan diri dengan Pele. Biarkan orang tahu bahawa anda pemain yang berbeza, bermain dengan cara lain dengan ciri-ciri yang berbeza.”