Zico: Lionel Messi Tidak Perlukan Piala Dunia Untuk Digelar Yang Terbaik

Lionel Messi tetap pemain terbaik di dunia meskipun beliau gagal menjulang trofi Piala Dunia bersama Argentina.

Itulah pandangan legenda bola sepak Brazil, Zico yang menyebut bahawa Messi tidak memerlukan gelaran piala berpretij di dunia itu untuk menyandang status tersebut.

Bagi Zico, segala kejayaan yang diraih Messi saat ini sudah cukup untuk mengekalkan reputasinya sebagai pemain terbaik dalam sejarah dunia bola sepak.

Tidak perlu kecewa

Bersama Argentina, Messi sekalipun belum pernah membantu negaranya itu menjuarai sebarang gelaran di peringkat antarabangsa.

Kejayaan paling terbaik Messi adalah dengan menduduki tempat kedua pada perlawanan akhir Piala Dunia dan juga Copa America.

Berbeza dengan mewakili kelab, Messi telah berjaya meraih pelbagai gelaran bersama Barcelona. Dari peringkat gelaran domestik hingga ke peringkat Dunia.

Messi juga turut meraih banyak anugerah antaranya memenangi lima kali gelaran Ballon d’Or. 

Tidak perlu kecewa,” kata Zico yang dipetik dari Goal apabila bercakap mengenai kegagalan Messi untuk menjadi juara Piala Dunia.

“Orang ramai hanya berfikir tentang pencapaian. Saya fikir kerjaya anda, apa yang anda telah lakukan itu adalah perkara yang paling penting.”

Bukan individu

Kata Zico lagi, “Bola sepak adalah sukan berkumpulan dan selama manapun ianya tidak akan bergantung kepada individu untuk bermain dengan baik. Ia bergantung jika pasukan itu bermain dengan baik.”

KAZAN, RUSSIA – JUNE 30: Lionel Messi of Argentina reacts as France celebrate during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

“Kadang-kadang anda membuat membuat keputusan dalam permainan, tetapi anda tidak boleh membuat keputusan dalam persaingan.”

Bukan hanya Messi

Zico memberikan contoh beberapa pemain lagenda lain, seperti Johan Cruyff dan Ryan Gigs yang dikenali peminat bola sepak sebagai pemain paling berjaya walaupun tidak pernah menjuarai Piala Dunia.

Bagi Zico, Messi bukan satu-satunya pemain bintang yang belum mampu meraih gelaran itu bersama pasukan kebangsaan. Ramai lagi bintang yang juga mengalami situasi yang sama.

Ryan Giggs salah satu contohnya. Legenda Manchester United itu telah meraih pelbagai kejayaan di Old Trafford, namun beliau tidak pernah membantu Wales menjuarai Piala Dunia.

“[Johan] Cruyff tidak memenangi Piala Dunia, tetapi dia merupakan salah satu pemain hebat dalam sejarah sepak bola dan status itu akan terus kekal seperti itu.”

“[Ryan] Giggs juga seperti itu dan masih banyak nama lain yang mengalami situasi yang sama,” ujar Zico.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN