Zaza dan Orellana menjadi pemain yang akan memenangi dada akhbar dan internet pada hari ini.
Ini selepas 2 pemain ini menjaringkan gol dalam perlawanan yang menyaksikan Real Madrid kalah mengejut di tangan pasukan yang tengah bergelut dengan prestasi mereka.
Valencia musim ini sudah melantik 3 orang pengurus untuk mengemudi skuad ini.
Zaza dan Orellana menjaringkan 2 gol dalam tempoh 9 minit awal perlawanan. Zaza membuka tirai jaringan pada minit ke-4, manakala Orellana menjaringkan gol ke-2 pada minit ke-9.
Ronaldo berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-44 menerusi tandukan deras. Ia adalah gol untuk meraikan penampilan ke-700 beliau di peringkat kelab.
Beliau juga mendapat 1 peluang keemasan untuk merampas 1 mata tetapi gagal menyempurnakannya.
Kekalahan ini meletakkan Real Madrid hanya kelebihan 1 mata di atas Barcelona. Namun Real Madrid ada 1 baki perlawanan di dalam tangan mereka.
Pemain antarabangsa Itali Simeone Zaza sebelum ini gagal menjaringkan sebarang gol dalam 11 penampilan ketika dipinjamkan ke West Ham United.
Gol pertama beliau di Mestalla sebentar tadi sangat cantik. Beliau mengawal bola yang sukar di dalam kotak penalti dan melakukan turning shot ke penjuru gawang.
Ia adalah wonderstrike!
5 minit kemudian, Orellana menyudahkan serangan balas yang free flowing. Sekali lagi Zaza terlibat dalam binaan jaringan ini.
Real Madrid menerima semula kepulangan Gareth Bale yang baru pulih daripada kecederaan. Namun usaha Bale untuk memberikan gol pendahuluan digagalkan oleh penjaga gol Valencia yang melakukan point blank save.
Kemenangan ini membolehkan Valencia naik ke tangga ke-13 dalam liga.
Real Madrid pasti kecewa dengan keputusan ini. Kualiti mereka di hadapan gol agak tumpul. 22 cubaan ke arah gol hanya 5 cubaan tepat.
Jumlah cubaan tepat yang sama dengan Valencia. Real Madrid mendominasi 72% perlawanan ini.
Baca juga: Real Madrid Mulakan Langkah Untuk Dapatkan Hazard Dan De Gea