Zaquan Dan Kogileswaran Tekad Balas Kepercayaan Tan Cheng Hoe

Setelah sekian lama tidak menyarung jersi skuad Harimau Malaya, penyerang Kuala Lumpur, Zaquan Adha kelihatan begitu teruja untuk kembali menyertai skuad negara.

Beliau yang kali terakhir menyertai skuad kebangsaan ketika Piala AFF Suzuki 2016, jelas gembira apabila kembali memikul tugas bersama Harimau Malaya walaupun berdepan situasi yang berbeza.

“Sudah pasti saya terkejut apabila dipanggil dan ia satu cabaran. Malah ia satu tanggungjawab yang besar untuk bersama skuad kebangsaan,” katanya kepada Berita Harian.

Pemain yang berusia 30 tahun ini tekad memberikan persembahan terbaik untuk membalas kepercayaan Tan Cheng Hoe yang menyenaraikannya bagi menggantikan 12 pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilepaskan.

“Sebagai pemain, saya hanya cuba buat yang terbaik apabila beraksi bersama skuad kebangsaan dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam latihan dan perlawanan.

“Beraksi dalam perlawanan antarabangsa sentiasa sukar, bukan saja berdepan Lubnan. Kami bermain sebagai satu pasukan dan jika kami kekalkan kerjasama, tiada perkara yang mustahil.” jelasnya.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya di Beirut dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe. FOTO: FAM

Sementara itu penyerang muda Pahang, R Kogileswaran terkejut dan tidak menyangka akan mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan bagi persiapan menghadapi Lubnan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Beirut, Selasa ini.

Ini adalah panggilan pertama beliau untuk menyertai skuad senior dan Kogi tidak mahu melepaskan peluang ini untuk membuktikan kemampuannya.

Kogileswaran menjalani latihan bersama rakan sepasukannya. FOTO: FAM

“Apabila dihubungi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya terkejut. Ia peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan bersama skuad senior.

“Saya sememangnya tidak sangka akan menyarung jersi skuad Harimau Malaya selepas membantu skuad muda negara layak ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Januari lalu.

“Pengalaman bersama skuad bawah 23 tahun akan dimanfaatkan sekali gus membantu Harimau Malaya meraih keputusan positif,” katanya.

Kogileswaran turut berterima kasih kepada Cheng Hoe yang memilihnya dan sedia membalas kepercayaan yang diberikan jurulatih itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN